ULAR memang haiwan yang ditakuti ramai. Barangkali disebabkan keupayaan haiwan reptilia itu membunuh sekelip mata melalui gigitan beracun atau membelit mangsa termasuk manusia.

Banyak insiden melibatkan kebanyakan orang yang berdepan dengan haiwan berbisa itu. Pastinya penulis, bahkan majoriti daripada kita akan buka langkah seribu untuk menyelamatkan diri.

Ada juga yang terserempak sang belit itu di tengah jalan. SinarPlus yakin, ramai yang sanggup patah balik dan tidak berani lalu jalan tersebut. Betul tak?

Pun begitu, video pendek yang dikongsikan dalam platform TikTok membuatkan ramai teruja apabila perbualan seorang pemuda seolah-olah ‘memarahi seseorang’.

@syafiqkeriawdalaм 10 мιnιт dy reтυrn вalιĸ..dy υѕнa je aq gυyѕ..nι ĸalo ĸena paтυĸ мana2 нoѕpιтal хвoleн repaιr😉🤣

♬ original sound – 💜💜Mr.Aprill💜💜

Video yang menerima lebih 16,500 tontonan itu merupakan pemilik akaun TikTok, @syafiqkeriaw. Syafiq dilihat sedang bercakap dengan ular yang ditemui ketika melalui satu jalan.

“Balik…pergi balik tempat hang…jangan kacau aku. Jangan main dah. Aku nak lalu sekejap saja, malam-malam nanti hang lalu balik.”

Berani sungguh ya pemuda ini bercakap dengan ular tersebut? Bayangkan kalau-kalau ular itu terbang dan menerkamnya. Namun, dalam video tersebut, ular itu seolah-olah faham apa yang dikatakannya.

ular

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian tersebut turut berkongsi pengalaman sama berdepan dengan haiwan liar tersebut.

Ada yang berkongsi pengalaman ibunya yang siap beri amaran kepada ular tersebut sama ada mahu lari atau tunggu. Fuh….hebatlah!

ular

Iklan

Ada yang bersetuju dengan cara pemuda tersebut bersemuka dengan ular, bukan disebabkan keberaniannya, tetapi itu antara cara untuk menghalau ular yang ‘reti bahasa’.

ular

Pengalaman tunggang motosikal dan terserempak ular di tengah jalan pun ada.

Iklan

ularTidak kurang juga ada yang berkongsi tip doa untuk menghindari diri daripada haiwan buas di dalam hutan.

ularPun begitu, ada juga berkongsi pengalaman terpaksa ‘beralah’ dengan ular pula.

ularApapun cara dan pendekatan yang diambil, perlu berhati-hati ya bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Ular bukanlah haiwan yang boleh dipandang remeh dan jika terserempak di kawasan rumah, hubungi segera jabatan berkaitan untuk bantuan. Jangan ambil risiko!