TANPA guru, siapalah kita.

Setiap pengorbanan yang disumbangkan para pendidik demi memastikan anak-anak menerima pendidikan sempurna tidak boleh dibayar dengan wang ringgit.

Lebih-lebih lagi norma baharu ketika ini, peranan guru mahupun ustazah cukup besar dalam membimbing anak bangsa menjadi insan lebih baik dan berilmu.

kejutan ustazah

Waima hanya mengajar dari rumah melalui sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekalipun, mereka tetap bersungguh-sungguh berkongsi ilmu.

Meskipun ada kalanya berdepan masalah line internet, namun semua itu tidak menghalang jiwa pengajar untuk terus mendidik.

Barangkali bagi menghargai jasa guru mahupun ustazah yang mengajar, tindakan sekumpulan murid yang tular di media sosial membuatkan ramai sebak.

Mana tidaknya, gaya seorang ustazah yang panik apabila kesemua anak muridnya senyap sunyi tanpa kata-kata mahupun paparan wajah membuatkannya tidak senang duduk.

@aris_2486##PDPR♬ suara asli – Mohammad Harris

Dalam video tersebut, ustazah bertudung berwarna peach itu memanggil nama-nama anak muridnya dengan lembut, namun tiada seorang pun yang respond.

“Dengar tak suara ustazah? Setting dah betullah ni,” katanya sambil membetulkan posisi gajet yang digunakan untuk proses PdPR tersebut.

Alangkah terkejutnya wanita itu apabila secara tiba-tiba kesemua anak muridnya mengucapkan selamat hari jadi buatnya.

Terpancar wajah kegembiraan ustazah itu yang tersenyum lebar dan terharu dengan ucapan kejutan diberikan anak murid kesayangannya.

kejutan ustazah

“Masya-ALLAH, kamu semua inikan ustazah ingatkan telefon ustazah yang problem.

“Terima kasih semua. Terima kasih sebab ingat ustazah. Masya-ALLAH,” ucapnya penuh sebak.

Video yang dikongsikan Mohammad Harris melalui akaun @aris_2486
di TikTok menerima lebih 3 juta tontonan dan rata-rata netizen berkongsi rasa terharu.

Bahasa yang digunakan ustazah lembut saja.

kejutan ustazah

Sedih pula terkenang kenangan masa belum PKP.

kejutan ustazah

Tidak kurang terdapat komen yang menitipkan doa supaya anak murid tersebut berjaya.

 

Iklan

kejutan ustazah

Perkara simple tetapi membuatkan cikgu teringat-ingat.

kejutan ustazah

Rezeki ustazah dapat anak murid yang baik.

kejutan ustazah

Teringat kenangan sekolah dulu-dulu.

kejutan ustazah

Salahkan internet dan bukannya anak muridnya.

Iklan

kejutan ustazah

Lembut dan tersusun kata-kata ustazah.

kejutan ustazah

Memang sebak menonton video tersebut dan muzik latar memang memainkan peranan.

Apapun, harap semua anak-anak bersemangat ya untuk terus belajar walaupun masih dalam sistem PdPR.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pengumuman menteri baru-baru ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada para ibu bapa yang masih bimbang dengan penularan wabak Covid-19 yang masih belum ada penghujungnya.

Jadi, marilah kita bersama untuk memastikan anak-anak tidak ketinggalan walaupun belajar dari rumah. #kitalaluibersama #kitajagakita