LAZIMNYA, berjualan di tepi jalan ataupun di dalam premis, mesti ada peniaga atau pembantu kedai yang akan melayan dan memudahkan urusan pembelian kita.

Bukan saja menyempurnakan akad jual beli, bahkan risiko barangan hilang dapat dikurangkan.

Lebih-lebih lagi ketika ekonomi negara terjejas, banyak kes kecurian dilaporkan, malah lagi teruk ada sesetengah food bank yang diletakkan di tepi jalan pun lesap diambil individu yang tak memikirkan nasib orang lain.

jualan tanpa peniaga di Sabah

Pun begitu, lain pula kaedah jualan diamalkan di Sabah.

Perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Tumatik membuatkan ramai warganet kagum.

Dalam video pendek yang dikongsikan, pemuda yang berasal dari Kota Belud, Sabah itu menunjukkan cara-cara membeli sesikat pisang di tepi jalan.

Gerai santai yang hanya ada dua sikat pisang itu lengkap dengan sebuah tabung berwarna biru dan tertulis Bayar.

Pemuda tersebut yang juga pemandu pelancong itu mengeluarkan RM6 dan memasukkan tabung yang disediakan sebelum membawa pulang pisang yang sudah dipilih.

@tumatik90Kelebihan Jualan Di Sabah

♬ original sound – Tumatik

Hanya tinggal dua biji pisang saja yang dijual di tepi jalan yang tiada kelihatan seorang peniaga.

Dalam perkongsian video tersebut, Tumatik turut menulis ‘Kelebihan Jualan Di Sabah’, telah menerima 3.5 juta tontonan.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut turut menzahirkan rasa kagum dan memuji sikap jujur dalam kalangan masyarakat Sabah.

jualan tanpa peniaga di Sabah
Tidak kurang juga menyifatkan peniaga tersebut mempunyai ilmu, jadi ramai tak berani untuk mencuri.

Ada juga yang membandingkan jika di Selangor atau KL, mesti sudah hilang meja sekali.

jualan tanpa peniaga di Sabah

Terdapat juga komen yang memberitahu jika ada yang mencuri, individu tersebut boleh ‘sesat’ atau sakit perut. Takpun tiba-tiba peniaga muncul dari belakang!

Iklan

jualan tanpa peniaga di Sabahjualan tanpa peniaga di Sabah

Masuk kampung di Sabah, memang ada yang berjualan seperti itu. Kelebihan orang Sabah katanya.

jualan tanpa peniaga di Sabah

jualan tanpa peniaga di Sabah

Power! Macam vending machine.

Iklan

jualan tanpa peniaga di Sabah

Memang menarikkan? Padanlah ramai yang rindu untuk melancong di Sabah.

Pastinya ramai tidak sabar untuk terbang ke kepulauan Borneo tersebut yang menyimpan pelbagai keunikan tersendiri.

Memang banyak lokasi percutian yang menarik dengan keindahan pulau cukup memukau.

Apapun, jangan rentas negeri tanpa kebenaran ya! Kita perlu bersatu demi menurunkan kadar jangkitan kes yang semakin membimbangkan ketika ini. #kitajagakita #kitalaluibersama