TUGAS menyelamat dalam misi kecemasan seperti kebakaran atau lemas bukannya mudah sebenarnya bagi seorang bomba. Jika tersilap langkah, macam-macam benda tidak elok boleh terjadi.

Menjadi seorang bomba, bukan sahaja perlu berdepan misi berbahaya seperti kebakaran bangunan yang besar, pembakaran terbuka, mencari mangsa lemas dan kemalangan maut, malah kucing yang tersepit pada tiang pun mereka buat.

abam bomba

Bagi SinarPlus, insiden yang paling terkesan sekali adalah tragedi enam anggota bomba yang lemas ketika misi menyelamat seorang remaja dua tahun lalu. Memang cukup meruntun perasaan.

Meskipun menyedari risiko yang bakal dihadapi, namun ‘abam’ bomba ini kental menghadapi semua cabaran. Apa yang penting, mereka menitikberatkan semua aspek keselamatan setiap kali misi dimulakan.

abam bomba

Seperti yang dikongsikan Izzat Izwan dalam akaun Facebook miliknya, ternyata berjaya membuka mata ramai pihak yang masih belum tahu apa sebenarnya bidang kerja seorang anggota bomba.

Video berdurasi lapan minit 51 saat itu yang bertajuk Kebakaran Kondo membuatkan penonton memahami dan lebih dekat dengan tugas abang-abang bomba kita.

Keakraban satu pasukan menjalankan tugas bersama terserlah dalam video tersebut dan masing-masing dilihat memfokuskan peranan yang diberikan untuk memastikan bahaya dapat dibendung.

abam bomba

abam bomba

abam bomba

Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi video milik Izzat Izwan yang dikongsikannya melalui saluran Youtube dan instagram.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian jejaka itu meluahkan rasa kagum dan menitipkan kata-kata semangat buat abam bomba.

abam bomba

Iklan

“Alhamdulillah tersentuh hati bila tengok keletihan abam-abam bomba selepas selesai tugas tu. Itu baru api yang agak kecil. Bayangkan kalau kebakaran besar. Semoga Allah permudahkan segala urusan Abam2 & Hakak2 Bomba kita…#StayStrong bang..” – Abd Azharee Abdul Wahid

“Seronok tengok korang geng celoreng bomba..semoga bahagia di samping orang2 yg tersayang.” – Ina Esw

“Selamat bertugas…semuga dpermudahkan sgala urusan.” – Noriehan Noriehan

Tidak kurang juga ada yang mendoakan semoga melindungi abang bomba handsome yang menjalankan tugas demi negara.

abam bomba

Iklan

“Semoga Allah lindungi abg bombs semua..amin.” – Aisyah Aini

“Suka tengok gandingan mantap celoreng bomba ….” – Hamnah Nordin

“Sweet2 abang bomba ni…terbaikkkk lah…good job.” – Zalina Bidah

“Yunk Bunga Chinta tegok nie abam2 bomba ensom .. Lucu2 kalo dorg buat video .. Always support u alls abam bomba .. Love u all.” – Fung Ct Zulaikha

Kesungguhan abang dan kakak bomba ini wajar diberikan penghormatan. Salute buat semua anggota bomba dan penyelamat seluruh negara!