PENANGAN wabak Covid-19 yang masih melanda negara membuatkan ramai warganet menjadi kreatif berkongsi content video menghiburkan atau kata-kata motivasi demi memecahkan kepompong kemurungan.

Memahami keadaan negara yang masih melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung kes jangkitan wabak virus korona yang masih menular, ramai yang cuba kelainan untuk berkongsi keceriaan kepada semua.

Jika sebelum ada seorang pemuda berambut panjang dengan karakter seorang rockers berkongsi video lagu raya yang diubah menjadi lagu raya PKP dengan bait lirik melucukan, ada ramai juga yang cuba pendekatan sama.

Terbaharu, lagu nasyid yang diubah lirik menjadi lagu nasyid PKP dengan sedutan klip berkaitan.

Tidak kurang juga, ada klip pendek Abah mengumumkan pelaksanaan PKP sekai gus memulakan video dengan ucapan Bismillah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOM DAKWAH 🇲🇾 (@jom_dakwah)

Perkongsian Jom Dakwah melalui platform Instagram berdurasi satu minit 50 saat itu ditonton oleh lebih 150,000 warganet ternyata menggembirakan ramai khususnya pengikut akaun tersebut.

Sumber asal video itu (ML Studios) turut mendapat reaksi positif orang ramai.

Sememangnya, lagu yang diubah suai daripada dendangan asal kumpulan nasyid, Raihan yang berjudul Bismillah itu kena pula dengan situasi PKP yang berlaku ketika ini.

Antara bait lirik lagu yang dikongsikan:

“Dimulakan dengan dua minggu
Disudahi dengan berminggu-minggu
Begitulah kita semua dok membilang
Mudah-mudahan COVID-19 hilang.”

Ternyata komen-komen yang mengikut perkongsian tersebut terhibur dengan kreativiti yang cuba menghidupkan suasana.

Ada yang kata, sudah sampai para pengedit sedunia memulakan operasi.

nasyid pkp

Ada warganet memuji orang Malaysia memang kreatif.

nasyid pkp

Iklan

Pun begitu, ada yang mempersoalkan kenapa ada bunyi gagak sebagai muzik iringan. Ini memang kelakar!

nasyid pkpMeskipun pening dengan pelaksanaan PKP, namun semua akur dengan apa yang berlaku.

nasyid pkp

Apa yang paling lucu, foto terakhir yang dikongsi membuatkan ramai geli hati.

nasyid pkpBanyak sebenarnya video-video pendek yang dikongsikan dalam media sosial bagi memberikan kata-kata semangat kepada semua yang berdepan musibah Covid-19.

Iklan

Tidak kurang juga lagu khas untuk frontliner pun ada.

Sedikit sebanyak ia mempamerkan sikap mulia rakyat Malaysia yang cuba menunjukkan kasih sayang dan penghormatan buat petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membendung wabak pandemik.

nasyid pkp

Tidak dinafikan, semakin kreatif ya rakyat Malaysia. Bukan sahaja menghiburkan, bahkan memberikan semangat kepada mereka yang terjejas untuk mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup.

Apapun, semua pembaca SinarPlus perlu kekalkan momentum #kitajagakita ya supaya tahun ini berakhir dengan berita gembira. Insya-ALLAH.