STRES dibuatnya! Barangkali kata-kata itu sering kali terpacul daripada mulut sebahagian besar individu.

Maklumlah, ramai yang mengeluh dan merungut apabila mula berasa kebosanan melampau sepanjang perintah Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau total lockdown dilaksanakan hingga hujung bulan ini.

Namun begitu, demi mencegah penularan wabak Covid-19 yang masih mengganas, kita harus akur dan menyokong usaha kerajaan.

Ini bermakna korang dinasihatkan supaya kekal berada di rumah.

Bagaimanapun, apabila terperap sahaja di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti boleh mengundang rasa kebosanan terutamanya anak-anak.

Inilah situasi yang dialami seorang kanak-kanak perempuan.

Menerusi sebuah klip video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @Asmawana Azman, kelihatan kanak-kanak tersebut menyanyi sambil mengoles solekan atas muka saudaranya.

Apa yang mencuri tumpuan apabila cara dan nada nyanyiannya begitu bersungguh-sungguh seperti cukup sinonim dengan keadaan negara ketika ini.

Bait lirik lagu yang dinyanyikan pun mencuit hati.

“PKP, PKP asyik tambah tambah lagi. MCO satu kali… PKP,PKP tak ada duit cungkil gigi.

“Mana nak cari duit ni… duduk rumah goyang kaki,” antara bait bait lirik yang dilantunnya.

Alhamdulilah dapat bantuan lagi, kali ini tak perlu mohon

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memuji suara kanak-kanak itu dan menyifatkan gaya ala-ala MUA. Sangat bijak dan comel.

– “Weh aku pun tak hafal lagu ni, budak comel ni selamba je nyanyi.”

– “Pandai hang noh… comey. Kebam mulutnya.”

– “Cantiknya budak tu, nyanyi pun lawak.”

Baca juga “Boleh tak satu kaki buat, apa yang dua kaki buat”- Ibu anak empat cabar diri cacat bukan penghalang

– “Amboi pandai pulak jadi MUA ye dik. Yang dimekap pun tadah je.”

– “Hahaha… ok terhibur juga time PKP ni.”

Secara tidak langsung video tersebut menceriakan penonton yang mungkin bersedih berdepan situasi sekarang.

Iklan

Jangan lupa #kitajagakita dan semoga berjaya membendung wabak Covid-19 dengan kerjasama semua pihak.

@_4sm4w4n4Bila lockdown sambung lagi….Budak pun picangg😂🤣 Ni mua to be tapi kesian lah siapa dapat mua mcmni🤣😂😂 ##fyp ##fypsounds ##fypmalaysia🇲🇾 ##pkp♬ original sound – Asmawana Azman