BUKAN mudah sebenarnya menggalas tanggungjawab sebagai seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) jika hati tidak kental.

Masakan tidak, dengan waktu kerja tidak mengira masa, mereka sering berdepan dengan kes-kes kecemasan yang boleh mengundang bahaya termasuk menangkap ular berbisa.

Pun begitu, perkongsian video pendek berdurasi 40 saat ini oleh pemilik akaun Twitter @jalalmisai_2 memang menggambarkan kecekalan hati abang APM yang bersungguh-sungguh menarik ekor ular sawa yang melingkar di atas tingkap rumah penduduk.

SinarPlus difahamkan kejadian itu berlaku di Balakong, Selangor.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kata-kata abang APM yang menumpahkan seluruh kudrat menarik ekor ular tersebut.

Barangkali ular tersebut sudah lama ‘menginap’ di atas bumbung rumah terbabit sebelum disedari pemilik rumah, namun nasib baiklah tiada apa-apa berlaku.

ular sawa APM

Saiz ular itu bukannya kecil tau. Ia memang memerlukan tenaga yang kuat untuk menarik keluar dari tingkap tersebut.

Kata-kata ‘tarik sis semongko!’ Membuat ramai geli hati kerana bunyinya agak melucukan dan melalui komen netizan, ‘tarik sis semongko’ itu treadmark lagu dangdut bermaksud semangat.

ular sawa APM

Tidak kurang juga ada warganet yang berkongsi kisah sama mengenai ular sawa yang menyorok di bahagian atap rumah mereka. Fuh, rupa-rupanya banyak juga kes pasal ular ni, ya?

Iklan

ular sawa APM

ular sawa APM

Ada yang berkongsi video ular di dalam lubang jamban yang pernah tular sebelum ini. Kes itu memang agak tragis kerana melibatkan mangsa.

ular sawa APM

Iklan

ular sawa APM

Jika berdepan situasi membahayakan seperti ini, jangan bertindak sendiri dan pastikan dapat bantuan daripada mereka yang pakar.

Apapun kita perlu salute pada abang dan kakak APM ini yang sentiasa bersemangat membantu menyelesaikan masalah penduduk yang berdepan kes haiwan berbisa ini. Chaiyok!