MEMILIKI jiran berhati mulia merupakan satu nikmat yang tidak terhingga.

Bukan apa, apabila wujudnya suasana begitu, sekiranya terjadinya hal-hal kecemasan, mereka bersedia membantu pada bila-bila masa.

Senang kata, ia menjadikan beban yang ditanggung lebih ringan.

Ramai sedia maklum, pada musim pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai yang kehilangan kerja sehingga menyebabkan pendapatan keluarga terjejas teruk.

Terdapat sesetengah daripada kita yang terputus bekalan makanan dan lebih menyedihkan, terpaksa berhutang demi kelangsungan hidup.

Pun demikian, apabila hadir seorang jiran bermurah hati dan sanggup berkongsi rezeki, ia sememangnya cukup melegakan.

Perkongsian seorang pemuda, @zulahmad34 di akaun TikTok membuatkan ramai terharu, lebih-lebih lagi melihat hasil tanaman sayur-sayuran cukup meriah.

@zulahmad34SHARE REZEKI.....♬ STAY - The Kid LAROI & Justin Bieber

Pemuda tersebut turut menulis kapsyen "Share Rezeki" dalam video pendek yang menerima perkongsian lebih 37,000 tontonan.

"Semua lepas ambil nak bayar, tetapi saya cakap tak payah. Ambil je," tulisnya sambil menunjukkan kebun yang diusahakan di kawasan rumahnya.

Sekali pandang, memang penuh setiap ruang halaman rumah pemuda tersebut dimanfaatkan dengan pelbagai jenis tanaman.

sayur percuma

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sejuk saja mata memandang. Sayur yang ada mampu membantu keluarga yang memerlukan dan meringankan beban.

Iklan

Bestkan ada jiran macam ini!

Rata-rata pengguna TikTok yang mengikuti perkongsian tersebut turut memuji tindakan pemuda tersebut dan mendoakan rezeki terus bertambah.

sayur percuma

Ramai juga yang cemburi dengan tangan sejuk pemuda tersebut.

sayur percuma

Hasil bersedekah, hasil tanaman hidup subur.

Iklan

sayur percuma

Tidak kurang juga ada yang meminta tutorial menanam sayur.

sayur percuma

Menanam pokok disebabkan minat. Happy bila dapat berkongsi dengan orang.

sayur percuma

Moga murah rezeki dan bantu lebih ramai orang lagi.

sayur percuma

Seronokkan hidup berjiran seperti itu. Sayur segar dibawa pulang untuk anak isteri tersayang.

Dalam video terbaharu, pemuda itu turut meminta orang ramai supaya mendoakan semoga dirinya dimurahkan rezeki dan dijauhkan daripada segala penyakit.

Insya-ALLAH mari sama-sama kita doakan.

Musim pandemik ini membuatkan ramai sengsara dan kehilangan insan tersayang.

Mudah-mudahan virus korona ini lenyap di muka bumi buat selama-lamanya.

Apa yang penting, patuhi prosedur operasi standard dan pemakaian topeng pelitup berganda ya! #kitajagakita #kitalaluibersama