PELBAGAI ragam orang ramai dapat dilihat ketika mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Ada kisah melucukan dan ada cerita mengharukan.

Jika pembaca masih ingat, ada seorang uncle yang bermurah hati menyumbangkan sejumlah wang untuk membeli makanan kepada semua petugas PPV.

uncle usm

Gaya rare uncle tersebut yang memakai plastik menutup kepala ketika mendapatkan suntikan memang mencuit hati sesiapa yang melihatnya.

Namun, siapa sangkakan, ada ‘kejutan istimewa’ daripadanya.

Terdapat juga yang datang menerima suntikan vaksin dengan pakaian tradisional lengkap bersamping, selain ada yang berbaju batik berkerudung persis perempuan Melayu terakhir.

Bukan saja rakyat marhaen, golongan artis mahupun kluster kayangan, semua tidak melepaskan peluang untuk menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Baru-baru ini, tular satu video di PPV Seksyen 19, Shah Alam, Selangor apabila bergema suara merdu penyanyi terkemuka, Datuk Jamal Abdillah yang sporting belanja satu lagu kepada semua petugas dan orang ramai.

Dalam perkongsian di akaun Instagram, penyanyi popular dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu mengucapkan kesyukuran apabila sudah menerima dos pertama.

“Alhamdulillah saya sudah terima vaksin dose pertama. Setelah divaksin saya sempat menunaikan hajat KKM untuk menyumbangkan sebuah lagu. Terima kasih KKM #Dewan MBSA sek 19 Shah Alam,” tulisnya.

jamal abdilah PPV

Perkongsian yang menerima lebih 2,400 tanda suka itu ternyata menghiburkan peminat yang rata-ratanya rindu untuk mendengar suara penyanyi kesayangan secara live.

Ada yang kata macam ‘telan kaset’, suara tak pernah tak best.

Iklan

jamal abdilah PPVIni baru seorang penghibur sebenar!

jamal abdilah PPV

Untunglah siapa yang ada di situ. Ramai juga yang jealous ya.

jamal abdilah PPV

Sampai meremang bulu roma peminat. Ada juga yang hilang nervous nak vaksin bila ada artis datang menyanyi.

Iklan

jamal abdilah PPVjamal abdilah PPV

Memang ramai yang terhibur apabila ada ada legend yang tak kisah menghiburkan orang ramai yang masih bersedih dibelenggu wabak Covid-19 yang masih menular.

Angka kes semakin hari semakin meningkat dengan jumlah jangkitan mencecah 9,000 kes.

Memang menyeramkan dan ramai bimbang kes semakin serius.

Apa yang penting, kita mesti pandai jaga diri dan duduk di rumah bagi mengurangkan jangkitan. Keluar hanya perlu saja ya. #kitajagakita #kitalaluibersama