AJAL maut ketentuan ALLAH. Kita sebagai manusia hanya merancang dan ALLAH penentu segala-galanya.

Memang kita akan pilu apabila ahli keluarga terutamanya ibu dan ayah meninggalkan kita buat selama-lamanya gara-gara wabak Covid-19.

Cukup menyedihkan apabila ahli keluarga sendiri tidak dapat menemani di hospital dan di tanah perkuburan kerana prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

menangis di kubur

Pemergian ibu, ayah, kakak, abang mahupun adik memang satu kehilangan yang sukar untuk diungkapkan.

Apatah lagi berita kematian itu diterima secara mengejut.

Barangkali itulah yang dirasai seorang pemuda apabila tidak dapat menahan kesedihan ketika mengunjungi pusara ibu dan kakaknya.

Difahamkan, lokasi tanah perkuburan tersebut terletak di Sempelang, Kota Kinabalu, Sabah.

@heraalex86##rindu yg paling berat 😭 kesian adek,nda sempat tgok mak pergi 😭♬ Bila Tiba – UNGU

Perkongsian Hera Elestra di aplikasi TikTok membuatkan ramai sebak apabila adik wanita itu baru mengetahui ibunya sudah tiada sebaik sahaja keluar dari penjara.

Kapsyen tertulis “#rindu yang paling berat 😭 kesian adek,nda sempat tgok mak pergi 😭” menjentik hati netizen yang turut sama tumpang simpati dengan musibah berlaku.

Baca juga [VIDEO] Ibu tunggu anak balik jamah rendang, menangis lihat cuma jenazah melintasi rumah

Dalam video tersebut, pemuda tersebut tidak dapat menahan air mata dan menangis di kubur ibunya sebelum menziarahi kubur kakaknya yang tidak jauh dari situ.

Wanita itu turut berkongsikan asbab tidak dapat memaklumkan berita sedih tersebut kepada adiknya.

menangis di kubur

Bayangkan enam bulan tidak bersua muka, tiba-tiba menerima perkhabaran sedih tersebut.

Video yang menerima lebih 2 juta tontonan itu membuatkan ramai sebak dan teringatkan orang tua di kampung.

Rata-rata warganet turut merasakan perasan yang sama dan berharap pemuda itu terus kuat.

menangis di kubur

Moga jadi pengajaran buat semua.

menangis di kubur

Iklan

Bayangkan hari-hari rindu menatap wajah ibu, mahu jumpa tidak kesampaian.

menangis di kubur

Pagi-pagi sudah kupas bawang.

menangis di kubur

Tidak kurang ada yang berkongsi pengalaman sama tidak dapat menatap wajah ibu buat kali terakhir.

menangis di kubur

Perkongsian tersebut membuatkan ramai tersedar.

Iklan

menangis di kubur

Sesungguhnya, kehilangan insan tersayang cukup meragut jiwa. Justeru, bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah, rajin-rajinlah bertanya khabar.

Walaupun tidak dapat pulang ke kampung, kita boleh menghubungi mereka dengan mudah dan sekali sekala, video call untuk menatap wajah kesayangan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Insya-ALLAH, satu hari nanti kita semua akan dibenarkan untuk merentas negeri dan pulang ke kampung masing-masing bagi melepaskan rindu.

Apapun, paling penting mesti patuhi SOP yang ditetapkan dan bersama memutuskan jangkitan wabak.

Kalau kita lihat, kes maut melibatkan jangkitan wabak Covid-19 setakat ini direkodkan sebanyak 24,078 kematian dengan tambahan 334 kes baharu. #kitajagakita #kitalaluibersama