[VIDEO]Ragam 6 anak untuk duduk diam 1 saat, Dr Harlina kongsi sebalik tabir sesi fotografi raya

[VIDEO]Ragam 6 anak untuk duduk diam 1 saat, Dr Harlina kongsi sebalik tabir sesi fotografi Raya
April 7, 2021
Oleh Faezah Muda

ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha merupakan seorang yang aktif berkongsi pelbagai tip keibubapaan dan ragam anak-anak.

Begitu juga dengan isterinya, Dr Halina Mohd Yunos.

Iklan

Terbaharu, Dr Halina berkongsi detik merakam sesi fotografi Hari Raya Aidilfitri keluarganya.

Perkongsian di Instagram miliknya itu menjadi perhatian ramai apabila terpapar kekecohan anak-anaknya sewaktu sesi fotografi tersebut.

“Khamis lalu, kami mengadakan sesi fotografi keluarga untuk raya.

“Inilah di sebalik tabir… satu daripada terlalu banyak percubaan untuk membuat semua enam anak duduk diam hanya selama 1 saat untuk mendapatkan gambar raya itu.

“Nasib baik team jurufoto tersebut pandai handle kanak-kanak. We had fun.. kids will grow up and we can never get back this moment. Enjoy the chaos,” tulisnya.

Menerusi video berdurasi 1 minit 20 saat itu, pasangan serasi tersebut mengenakan busana sedondon berwarna biru gelap bersama enam anak mereka.

Iklan

Suasana kelihatan kecoh dan riuh rendah apabila Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina meminta anak-anak duduk diam untuk bergambar.

[VIDEO]Ragam 6 anak untuk duduk diam 1 saat, Dr Harlina kongsi sebalik tabir sesi fotografi Raya

Sementara itu, menjengah ruangan komen, rata-rata warganet dan pengikut terhibur melihat gelagat anak-anak kecil itu.

Iklan

watiqahchali – Should ask tasha and Bella to hold the babies while both of you hold Noah and Adam. The struggle is real. Happy to see your big family doctor.

aifabdullah – So cute.. kena banyak bersabar.

rossy.rafflesia – Riuh rendah suasana dibuatnya but loved to see it.

hamidahdang – Bestnyaaa… Anugerah yang terindah.

Baca juga Pengantin ‘dianiaya’ mak andam, MUA Bellaz tampil taja solekan dan baju pengantin

rinsyairin – MasyaAllah… sesungguhnya kita as parents mesti punya tahap kesabaran yang tinggi.. anak yang dah besar pun kadang-kadang susah nak duk diam.

iamshatirah – So chomeiii… Semoga bahagia bersama keluarga hingga ke jannah.

Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan Dr Halina, 39 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka kini sudah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 10 tahun, Sophea Natasha, lapan tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah berusia empat tahun serta pasangan kembar lain jantina, Eusoff dan Emelia berusia lima bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina)

Iklan
Iklan