SUSULAN daripada laporan kehadiran seekor harimau kumbang yang viral pada 24 Julai 2020, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah pun mengambil tindakan pantas selepas menerima aduan.

Terdahulu, kehadiran seekor harimau kumbang yang berkeliaran di kawasan Pentadbiran UiTM Cawangan Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 23 Julai 2020 iaitu sehari sebelum berita ini tular di media sosial dan akhbar.

Dalam hantaran di Facebook rasminya, pihak Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan turut mengambil tindakan segera dengan memasang satu unit perangkap harimau kumbang di lokasi aduan dan membuat pemantauan intensif untuk memastikan keselamatan warga kampus UiTM sentiasa terjamin.

Khidmat nasihat turut diberikan kepada pihak pentadbiran UiTM supaya sentiasa berwaspada serta berhati-hati dengan haiwan liar tersebut.

Jabatan Perhilitan juga akan melakukan kajian lanjut berkaitan bilangan populasi harimau kumbang di kawasan tersebut, membuat kawalan keselamatan di kawasan sekitar kampus UiTM dan memantau sebarang aktiviti berkaitan jenayah hidupan liar di kawasan sekitar kampus tersebut.

Pihak Jabatan ingin memohon orang ramai supaya segera menyalurkan sebarang maklumat /aduan berkaitan hidupan ke Talian Hotline Jabatan Perhilitan 1800-88-5151,” tulis Jabatan Perhilitan semalam.

Jabatan Perhilitan turun padang.

Terdahulu Persatuan Haiwan Malaysia atau Animal Malaysia mempertikaikan lagi kes haiwan liar keluar habitat.

Jika 24 Julai lalu dilaporkan harimau kumbang kelihatan di UiTM Kuala Pilah Negeri Sembilan, keesokannya pula seekor tapir berkeliaran melintas jalan berdekatan sebuah universiti di Puncak Alam Selangor.

Iklan

Kasihan haiwan liar. Ke mana mereka semua mahu pergi dan di mana haiwan liar boleh hidup?

Itu yang dipersoalkan oleh pihak Persatuan Haiwan Malaysia atau Animal Malaysia.

Animal Malaysia turut menanyakan persoalan mengapa beberapa hari ini binatang liar kelihatan berlegar di kawasan Universiti dan berdekatannya terutama universiti terbesar di Malaysia?

Iklan

Artikel berkaitan: [VIDEO] Harimau kumbang, tapir dalam universiti. Deep jawapan Animal Malaysia mengapa ia berlegar di situ

Dan Jawapan Animal Malaysia dikongsikan SinarPlus dalam entri di atas.