PEMERGIAN Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari, 6, cukup meruntun hati warganet lebih-lebih lagi kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia pada hari Jumaat lalu.

Sesungguhnya, ramai tidak menyangka kehilangan anak sulung daripada tiga beradik itu kerana keadaannya sebelum ini dilaporkan semakin montel dan comel.

Namun ALLAH lebih menyayanginya. Muhammad Fawwaz ‘pergi’ dalam keadaan tenang dengan wajah tersenyum.

Perkongsian bapanya, Mohd Bukhari Zainal Annuar, 34, dalam akaun Facebook miliknya turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam urusan pengebumian anaknya itu.

“Alhamdulillah selesai sudah pengebumian anakanda syurga abah umi Muhammad Fawwaz Adli..Terima kasih semua ahli keluarga yang datang dari jauh, sahabat-sahabat seperjuangan yang sudi hadir untuk memberikan penghormatan terakhir buat anak syurga kami.

“Terima kasih juga rakan-rakan Facebok yang mengucapkan ucapan takziah dan memberi kata semangat untuk kami terima kenyataan ini. Hanya Allah saya yang dapat membalas semua kebaikan kalian buat kami sekeluarga..Aminn

fawwaz

“Ya Allah berat sungguh ujianmu ini..berikanlah kekuatan kepada kami sekeluarga untuk menghadapi ujianMu yang sangat berat ini..sesunguhnya kami amat yakin apa yang berlaku ini adalah dengan kehendakmu..tidak pernah sesekali kami kecewa..

“Sesungguhnya kami dah cuba buat sehabis baik untuk merawat kesakitan yang Fawwaz lalui tetapi Engkaulah lebih mengetahui apa yang terbaik buat anakanda Muhammad Fawwaz Adli..Kami reda Ya Allah..Kami Serahkan Kembali Muhammad Fawwaz Adli kepadaMu..Semoga Kita Bertemu Lagi Di hari akhirat nnti ya Fawwaz…

Allahyarham Fawwaz disahkan meninggal dunia pada jam 5.40 petang ketika dalam perjalanan pulang ke Seremban, Negeri Sembilan selepas membuat rawatan saraf di sebuah hotel di Melaka.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkembangan Muhammad Fawwaz yang sebelum ini terlantar selepas dihempap peti sejuk dalam insiden 12 Julai tahun lalu turut bersedih kehilangannya.

“Salam takziah buat keluarga arwah adik Fawwaz..anak syurga. Rasa sebak sangat sebab selalu ingat dan ikuti perkembangan adik Fawwaz. Buat ibu dan ayah dan seluruh keluarga, semoga kuat dan tabah menerima dugaan daripada Allah.. Aamiin .”

fawwaz

“Budak kecik tiada dosanya terus diangkat ke syurga bertabahlah wahai si ibu dn ayah kuatkan semangat aminn.”

Iklan

fawwaz

“Salam takziah buat keluarga dan arwah ditempatkan di sisi orang-orang beriman. Al-Fatihah Aamiin.”

fawwaz

Iklan

Terdahulu, SinarPlus pernah menyiarkan kisah Muhammad Fawwaz ini yang ketika itu menurut bapanya, Mohd Bukhari hanya mampu terbaring.

Selepas setahun insiden tragis itu berlaku, SinarPlus menghubungi Mohd Bukhari bagi mendapatkan perkembangan terkini dan dimaklumkan masih menjalani rawatan susulan dan alternatif urutan saraf.

fawwaz