SEMENJAK wabak pendemik Covid-19 yang melanda dunia dan dilihat masih belum pulih sepenuhnya, kini orang ramai dilihat lebih berhati-hati untuk berjumpa atau bergaul rapat orang yang tidak kita kenali kerana ekoran khuwatir dijangkiti wabak tersebut.

Mana tidaknya, Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Covid-19 mampu dijangkiti daripada individu kepada kepada individu lain melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang yang positif Covid-19 batuk atau bersin.

Warga emas juga dikatakan kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan Covid-19 kerana faktor umur dan juga penyakit kronik.

Namun, terbaru, menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mkhairul Nizam, berkongsi kisahnya berjumpa dengan seorang nenek yang sudah lanjut usia sedang berjalan seorang diri.

“Allah uji nikmat hari ni.

“Jumpak Tok ni bertongkat dan sedikit bongkok dok jalan kaki sorang-sorang di Jalan Besaq.

“Orang ramai tak berani nak bagi tumpang musim PKP ni.

“Saya bagi Face Mask dan hantar ke tempat yang hendak dituju.

“Tawakal hanya kepada Allah,” tulisnya.

Iklan

Covid-19 : Tawakal hantar nenek tak dikenali ke tempat dituju

Meskipun pada awalnya risau untuk membantu nenek itu, namun disebabkan kasihan melihat keadaan warga emas tersebut, dia hanya bertawakal dan terus mempelawa warga emas itu menaiki keretanya dan menghantar ke destinasi yang ingin dituju.

Hati mana yang tidak tersentuh melihat situasi sebegitu. Syukurlah ada yang sudi membantu, rata-rata netizen memuji tindakan murni lelaki tersebut yang telah menolong nenek yang sudah lanjut usia itu.

Iklan

Covid-19 : Tawakal hantar nenek tak dikenali ke tempat dituju

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Sumber : Mkhairul Nizam