Dahulu ikut abah meniaga pasar malam, kini muncul antara 10 wanita hebat di ASEAN

KEJAYAAN akan menjadi milik mereka yang gigih berusaha. Bak kata pepatah yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Tidak semua bermula dengan langkah pertama dengan mudah, ada yang bermula dari bawah dan terus mengorak langkah sehingga berjaya.

Usah malu seandainya perlu bermula dari bawah dengan susah payah kerana kejayaan yang bakal diraih akan menjadi lebih bermakna.

Perkongsian Zunita Ramli, ahli perniagaan kelahiran Malaysia yang kini melanjutkan pelajaran di Jepun terpilih sebagai antara 10 Wanita Hebat (Fantastic Women) di negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) oleh Asean-Japan Center memberikan inspirasi kepada anak muda lain untuk memajukan diri.

Antara negara ASEAN ialah termasuk Singapura, Filipina, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja.

Baca juga: Wanita tertua di dunia masih minum Coca-Cola pada usia 119 tahun! Ini fakta menarik lain tentang beliau

Iklan
Iklan

SEDAR DIRI

Pengarah Urusan Zaineeta Global, syarikat pengedar kosmetik Jepun di Malaysia itu menitipkan perjalanan dan cabaran yang ditempuhinya sejak dari kecil di laman sosial Facebook. Tiada jalan mudah ke puncak kejayaan, anak pasangan peniaga pasar malam itu sentiasa mengingatkan diri tentang asal usul.

“Benar, saya bukan lahir atas dulang emas. Saya lahir atas lantai rumah papan yang hampir reput sahaja. Saya membesar dengan keringat arwah abah dan emak yang mencari rezeki membesarkan saya.

“Arwah abah, peniaga pasar malam menjual burger dan ayam goreng. Seronok, sebab dapat makan burger dan ayam percuma.

“Memang dari kecil, saya sudah diusung ke sana ke mari dalam van dan sudah biasa dengan panas terik, ribut petir semasa berniaga. Sampai sekarang, saya tidak pernah malu mengaku perkara itu,” jelas Zunita.

KOLABORASI JENAMA TERKENAL

Graduan University of Melbourne itu bersyukur atas perjalanannya yang disusun ALLAH dari awal perniagaan sehingga kini mampu berkolaborasi dengan jenama-jenama terkenal.

“Perjalanan ALLAH aturkan untuk saya sangat cantik. ALLAH kurangkan di sini tetapi Dia lebihkan di sana. Walaupun saya lahir dalam serba kekurangan, ALLAH anugerahkan saya minda yang baik yang melatih diri saya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan sesuatu.

“Nothing comes easy. I don’t have anyone that can give whatever I want. I must work hard for it,” katanya.

Zunita turut bercerita mengenai misi dan hala tuju perniagaannya, Tokyo Organic HQ. Ternyata tidak mudah untuk merealisasikan matlamat terutama untuk bekerjasama dengan syarikat di Jepun namun segalanya dipermudahkan-NYA.

“Bila saya mula bisnes Tokyo Organic HQ, I know what I want. I want to touch billion of lives in this world with my products. I want to be a bridge between Malaysia, Japan and the world.

“That’s why saya buat macam-macam kolaborasi dengan Tokyo Organic. Sebelum ni dengan syarikat Jepun, Salam Groovy Japan dan terbaru, koleksi raya TO x Tupperware Brands Malaysia dan TO x Nakanishi Wagyu .

“Bukan mudah untuk meyakinkan syarikat-syarikat ini bekerjasama dengan kita, bermacam juga cabaran yang berlaku. Tetapi ALLAH mudahkan jalannya, Alhamdulillah, “ katan Zunita yang pernah bertugas sebagai network engineer.

Baca juga: Forbes nobat wanita Malaysia antara 20 CEO cemerlang Asia Pasifik

ADA YANG PERNAH CUBA MENJATUHKAN

Dalam menjalankan perniagaan, Zunita mengakui pelbagai ditempuhi termasuk mereka yang cuba menjatuhkan. Pun begitu dengan kecekalan, segalanya membuahkan hasil.

“Tipulah kalau saya cakap sepanjang itu tidak ada yang nak jatuhkan, nak musnahkan impian dan runtuhkan semangat saya. Tetapi mereka lupa ALLAH sudah menyediakan saya untuk semya ini. I may look soft from the outside but not from the inside.

“Apabila disenaraikan sebagai salah seorang Wanita Hebat (Fantastic Women) dalam kalangan 10 Wanita Hebat ASEAN di Jepun oleh Asean-Japan Center , ia memang sesuatu yang luar biasa bagi saya,”tuturnya.

TIDAK PERCAYA KE TAHAP ASEAN

Momen tersenarai sebagai Wanita Hebat ASEAN adalah sangat luar biasa baginya. Zunita masih tidak percaya akan sampai ke tahap itu.

“ I will never believe I have come to this stage. Jika saya beritahu diri saya yang umur 10 tahun dulu, saya tidak akan percaya sampai ke tahap ini.

“Ya lah saya orang kampung, sekolah kampung. Dahulu saya pun tidak mahir berbahasa Inggeris.Tetapi kini tiada yang boleh menghentikan saya.

“Because I believe, The people who crazy enough to think they can change the world are the ones who do,” titip Zunita menyuntik semangat.

SinarPlus teruja mengikuti perkongsian daripadanya. Moga pencapaian yang dicapai Zunita ini memberikan dorongan untuk kita terus berusaha menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburi.

Baca juga: [VIDEO] Jual tisu RM20 satu malam, digelar pengemis, wanita kongsi pengorbanan ibu OKU penglihatan besarkan 3 anak

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

4 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

5 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

5 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

8 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

10 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

11 hours ago