PASTI ramai dalam kalangan kita yang pernah melalui detik hitam. Namun demikian, lazimnya sejarah melalui tempoh itulah yang akhirnya akan mengajar diri kita erti dewasa.

Sama ada kita mengambil iktibarnya dari sudut positif atau sebaliknya, ia yang akan menentukan siapa kita pada masa fasa selebihnya.

Kisah dilalui fisioterapis (physiotherapist), Sam Abd Rahman atau Coach Sam ini misalnya antara yang boleh menjadi iktibar khususnya buat mereka yang berdepan gejala rasa down atau berasa tak diperlukan di atas muka bumi ini lagi.

Jarang skor dalam akademik, ditambah sikap orang sekeliling yang suka menganggap dirinya yang tidak-tidak dek fizikalnya yang ‘cekeding’ kononnya seperti ‘mat pit’ menambahkan depresi pada dirinya.

Rasa kurang keyakinan diri dek tekanan daripada manusia yang memperlekehkannya usah cakap… Itulah ‘makanannya’ hingga satu tahap gelap padanya.

Akan tetapi, ada sesuatu yang membangkitkan Sam. Perkongsiannya baru-baru ini diharapnya dapat menjadi iktibar buat mereka yang pernah senasib dengannya.

Daripada berbadan kurus melengkung, hingga kini beliau berjaya melalui transformasi hingga bertukar sado. Lihat sahaja perbezaan gambar beliau di atas.

Apa yang dilakukannya? Itu dikongsikan oleh beliau dalam posting di Facebook baru-baru ini.

Bongkar kisah hitam

Stresss oii!

Brief story Bout Depression

Guys…aku rasa ni kali pertama dan kali terakhir aku bercerita di sini.

Aku nak bongkar kisah hitam silam pekat aku saat aku kecik dulu. Jadi baca baik-baik pesanan aku sebab ada kait dengan fitness yang aku buat sekarang.

Zaman kegelapan bagi makhluk bernama Sam ni adalah ketika berumur 16 tahun.

Tahun 2006 adalah tahun paling pa**t dalam lipatan sejarah hidup aku. Why? Haaa..ni nak cerita..

Korang dalam setahun berapa banyak masuk bilik kaunseling zaman sekolah dulu?

Abam secara peribadi hampir 2 minggu sekali masuk ataupun kadar yang lebih pendek dari itu… Abam pukul budak ke? Abam hisap rokok ke?

Tak..semua tak..abam masuk bilik kaunseling sebab abam rasa loser. Abam rasa abam dah hilang hidup abam, dah rasa tak guna lagi hidup.

Aku ingat lagi nama-nama seperti Muhd Hazih, Talhah , Mudassir, Fahmi, Azzam (Dr azzam) senang cerita yang mana hati mulia..aku cuba luahkan apa yang aku rasa.

Bilamana aku hidup dalam satu komuniti yang anggap aku invisible..aku ada tapi kewujudan aku orang tak nampak.

Belajar tak pandai

Kalau duk kelas 1st tu abam dapat ranking no 1 tercorot..damn rasa k***k

Da la Loser kaki bangku lak tu..tiap tiap kali kalau ada games bola sekolah buat..abam lihat je masa tu adik abam (yang korang duk sebut Coach Aro) sering terpilih wakil sekolah untuk bola sepak..eh..aku duk tepi jeles sorang.

Kalau ada games futsal..abam excited nak join tapi tula..kaki bangku.. Abam perasan jua ko punya status ko akan up kalau ko boleh perform sukan ditambah muka hensem..memang jadi kegilaan ramai la.

Ok..sampai mana tadi?.

Oh ya..Belajar tak perform..sukan  Tak perform..tu ok lagi…ada lagi bilamana…

Aku dicop sebagai PENAGIH sebab terlalu kurus kering, kadang jalan bongkok sikit kedepan mata kuyu. Ada eye bag hitam-hitam sikit bawah kelopak mata abam…

Sumpah ni b*bi loser…padahal aku clean kot. Sampai satu tahap kadang aku rasa tak nak hidup dah. Akhirnya aku terima yang panggilan penagih….so ko rasa hidup coach Sam selama ni ditaburi emas permata intan payung sayang?

Dan bilamana semua dalam kes ni membentuk aku seorang yang mati jati diri…nak cakap takut. Kalau kelas English tu..jangan cerita aku loser habis. Tapi masa tu abam ingat satu perenggan sampai sekarang. I love you..betul-betul lancar kalau sebut..kahkah

Dan paling sedih bilamana dekat sekolah aku dulu..bila orang sebut ‘Man….’ tapi rujuk pada the another Abd Rahman… Sekolah abam ada 3 orang nama sama… tak ditambah nama Lukman, Salman dan seangkatan.

Bila orang panggil nama ni walau abam terasa dipanggil..tapi bukan abam yang dipanggil…memang terasa invisible..

Sebab tu aku benci orang panggil aku ‘Man’. Sebab Man  dalam hidup aku tiada makna…dan dalam bahasa Arab sendiri Man ni adalah maksudnya ‘siapa’.

Kalau nak tahu ibu aku…ya ibu akulah satu satu insan yang aku akan call 2 hari sekali tanpa gagal sepanjang aku duduk asrama dulu. Dalam dunia ni aku ada 1 ibu yang memahami sampai ke hari ni ♡ tiap kali aku rasa loser..ibu sering diam dengar bagi kata-kata semangat.

Tahun berganti sampai satu point dalam hidup abam. Abam belajar jua la nak ngorat sorang dua time belajar..maklum la mengikut kepada novel novel cinta yang abam baca, hidup ni kena diakhiri dengan mengenali seseorang.

Iklan

Sampai satu tahap abam kena reject tahun 2012 (tahun kedukaan dan tahun hikmah) sebab salah abam jua..hasil dari mungkin terlalu mengemis cinta.

2012 tahun menonggeng buat lelaki bernama Sam Abd Rahman yang korang sebut-sebut tu sekarang.

Gim

Namun tahun 2012 jua merupakan perkahwinan dan ikat janji sumpah setia saya sehidup semati dengan gym.. Abam ingat lagi abam ter ‘inspired ‘ bila mana tengok cerita 1st Avenger Captain America.

‘ because a strong man, who has known power all his time , may lose respect for the power . But a weak man knows the value of strength and knows compassion ‘

Damnnnn…cerita ni melantun lantun masuk dalam kepala otak abam sampai sekarang.

Lagi la melantun bila mana abam tengok Captain Roger dari kurus ke sado lepas tu dapat pimpin Amerika dan hati wanita..perghh…recik betul cerita ni.

Jadi tahun 2012 jua buat pertama kali abam dipujuk oleh insan bernama Naqiud Din pada satu petang sebab lihat abam menonggeng di satu sudut untuk ride abam ke gim UITM.

Ingat lagi pertama kali pegang besi….dia punya feeling….hidup…abam jumpa balik diri abam yang hilang selama 22 tahun (yg abam benci) rupanya dengan angkat bebanan.

Makin lama abam makin gila…zaman kegemilangan abam bermula…bila mana otot makin besar kekal..abam punya postur badan makin tegak.

Abam ada keyakinan..lagi yakin bilamana kawan ajak main rugby sentuh dan dapat gold medal walaupun itu peringkat universiti. Tapi itulah peringkat tertinggi abam rasa dalam hidup abam…org dengar sadis..tapi loser mcm abam..itulah cerita yang ada untuk diperdengarkan pada cucu.

Kuasa tuhan

Iklan

Jadi semuanya bermula dari mana..ya..tuhan..semua dia bagi.

Aku mintak dia bagi aku ketenangan…dia bagi aku dunia fitness ni.

Dan paling tak sangka aku boleh jadi influencer hari ni…sampai satu tahap ada akaun Instagram fake muncul…ni abam betul-betul bangga..ada org da follow jejak abam.

Abam update abam tengak berak dekat status wasep  beribu baca…abam terasa gila betul..

Jadi abam nak mendabik dada ke cerita semua ni? Tak…abam nak kasi korang peluang buat yang rasa depressed..rasa tak yakin..rasa nak bunuh diri…

Mulakan langkah anda dalam fitness…siapa tahu mungkin..anda akan lihat diri  anda yang lain saat anda dah fit nanti.

Sehingga sekarang sy masih tak percaya sy ada trainee di Indonesia, Singapore, Jepun, Kuwait dan seluruh Malaysia.. Betul la atuk abam ada ckp ‘semakin besar lengan semakin kita happy..dan semakin orang percaya kita..kahkah ‘

Minta tolong tag kawan-kawan yang kurus macam papan…gemuk..yang takde harapan hidup..untuk baca cebisan hidup abam.

Yang pernah loser,
Sam Abd Rahman

Menarik perkongsian abam sado ini. Moga ramai yang rasa down dek fizikal diri tu dapat kembali bangkit ya. -AG #JanganPutusAsaMalaysia