Derita tiga beradik buat hati si ibu luluh, harapkan sinar Aidilfitri untuk teruskan rawatan

BUKAN sekali, tetapi hampir 20 kali Nur Iman Fitriyah Abdullah mengalami kekejangan akibat serangan sawan dalam tempoh sehari. Lebih teruk, adakalanya si kecil itu terpaksa dikejarkan ke hospital.

Kepada SinarPlus, Nurul Ashafiqah Azlan berkata, beliau sayu mengenangkan puteri sulungnya yang terlantar kaku dan akan bergantung dengan tiub makanan seumur hidup.

Ujar Nurul Ashafiqah, Nur Iman Fitriyah atau manja disapa Iman dilahirkan cukup sifat. Pun demikian, ketika usianya mencecah tiga bulan, si cilik itu diserang sawan secara tiba-tiba ketika sedang tidur.

“Badannya kebiruan dan kejang. Panik dengan keadaan tersebut, saya terus membawanya ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke hospital. Sejak itu, hospital sudah menjadi rumah kedua Iman kerana sering berulang-alik mendapatkan rawatan sawan yang tidak berpenghujung.

“Kini, Iman hanya bergantung kepada ubat dan susu khas sahaja, selain rawatan susulan setiap bulan,“ ceritanya yang menetap di Flat Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

Kata ibu muda berusia 26 tahun itu lagi, cahaya mata sulungnya yang kini berusia lima tahun itu sudah pun selamat menjalani pembedahan memasukkan tiub pada bahagian perut bagi mengelakkan keadaannya semakin serius.

Baca juga Suami pergi sekelip mata, anak pula disahkan buta akibat ketumbuhan pada otak. Dugaan wanita ini bikin ramai sebak

“Pun begitu, saya juga masih berdebar menunggu keputusan ujian genetik yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur bagi mengenal pasti masalah yang dialami Iman selepas laporan ujian Electroencephalography (EEG) kurang memberangsangkan,“ ujarnya.

Perlu bantuan

Bagaikan meluahkan rasa yang terbuku, Nurul Ashafiqah memberitahu, bukan setakat Iman sahaja diuji dengan penyakit kritikal, malah dua lagi anak tersayang turut bermasalah.

Anak keduanya, Mohd Iman Khalifah, 4, merupakan kanak-kanak autisme dan menderita asma. Selain bergantung kepada ubat, Khalifah turut memerlukan ubat penenang dan perlu dipantau sepanjang masa.

Si bongsu, Nur Iman Raisha Adhwa atau Adhwa yang berusia setahun pula disahkan mengalami sindrom Turner.

Saat berbicara tentang Adhwa, wanita cekal tersebut sudah menumpahkan air matanya.

“Sebenarnya, sejak dalam kandungan 17 minggu lagi, doktor sudah dapat mengesan kelainan pada janin apabila terdapat lebihan kulit pada bahagian tengkuk. Apabila dirujuk ke doktor pakar, Adhwa disahkan mengalami kelainan genetik.

“Saya sangat sedih mendengar perkhabaran itu, tapi saya kuatkan hati dan tetap meneruskan kandungan. Adhwa akhirnya dilahirkan sebagai bayi pramatang dengan berat cuma 1.6 kilogram saja.

“Selain berdepan masalah saluran pernafasan sempit, buah pinggang Adhwa juga bermasalah. Sama situasi seperti kakaknya, anak saya terpaksa bergantung kepada tiub untuk menyalurkan susu dan sedang menunggu tarikh untuk pembedahan pada saluran pernafasannya selepas Aidilfitri nanti,“ ujarnya.

Baca juga Hilang kaki dan jari tangan kerana kuman meningococcal, semangat juang adik Ziyad teruskan hidup buat ramai kagum

Mengenangkan nasib ketiga-tiga cahaya mata istimewa itu, suri hati kepada Azhar Andi, 40, berkata, beliau reda dengan ketentuan ILAHI.

“Saya fikirkan cuma seorang saja, tetapi semua anak saya ada masalah kesihatan. Apabila diduga dengan musibah berganda-ganda, ia membuatkan saya lebih bermuhasabah diri.

“Nasib baiklah suami sentiasa berada di sisi dan sering membantu saya. Sebenarnya, suami saya selalu dibuang kerja kerana kerap mengambil cuti kerana mengurus anak-anak.

Namun, kami percaya kepada rezeki ALLAH,“ katanya yang bergantung hidup dengan jualan tauhu begedil dan biskut florentine.

Ditanya mengenai kos rawatan dan bantuan, Nurul Ashafiqah tidak segan untuk mengaku bahawa keluarganya memerlukan sumbangan masyarakat demi membolehkan urusan rawatan anak-anaknya berjalan lancar.

“Saya memang membuat simpanan hasil jualan, namun memang tak cukup untuk menanggung kos sewa dan minyak untuk berulang-alik ke hospital. Bil sewa rumah pun seringkali tertunggak.

“Namun, saya bersyukur kerana bantuan daripada ahli jawatankuasa penduduk dan agensi kerajaan membuatkan kami kembali bernafas. Kepada orang ramai yang ingin membantu, kami sangat mengalu-alukannya,“ tuturnya sebak.

Mengenai Aidilfitri yang bakal disambut kelak, Nurul Ashafiqah seolah-olah sukar untuk membutirkan kata-kata.

“Tentang Aidilfitri ini, tak tahulah apa nak cakap, raya kami memang biasa-biasa sahaja. Sederhana macam sebelum ini,“ katanya dengan nada tidak bermaya.

Baca juga ‘Saya teringin nak belikan baju raya baharu untuk anak-anak.’ -Luahan pilu ibu tunggal lima anak

Kepada orang ramai yang ingin meringankan beban keluarga Nurul Ashafiqah dan tiga anaknya, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan dana terus ke akaun Bank Maybank 155015497531 atas nama Nurul Ashafiqah Bt Azlan.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

10 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

11 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

11 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

12 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

13 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

17 hours ago