Di mana Zalina Azman? 6 info menarik bekas pembaca berita wanita yang hilang

DI mana bekas pembaca berita era 90-an, Zalina Azman? Pembaca sebuah stesen televisyen swasta itu dilaporkan hilang sejak November 2021.

Cantik, bijak dan elegan, demikian menggambarkan personaliti Zalina Azman. Karisma dan tutur katanya dalam menjalankan tugasan di depan lensa menjadi inspirasi golongan wanita.

Baca juga: Di mana Jude Angel? Bayi 18 bulan hilang di Beaufort, Sabah belum ditemui

Baca juga: “Mengapa perlu terancam dengan wanita lain? Semua wanita hebat”- Marini

Berita kehilangan Zalina menjadi bualan ramai. Berikut enam fakta mengenai wanita itu;

Zalina bergandingan bersama Puan Sri Normala Samsudin menyampaikan Buletin Utama pada tahun 1996 (Kredit foto: Youtube MAG 2001 MAG Studio Network)

1-Memiliki Sarjana Kewartawanan, Zalina mula bekerja di stesen televisyen TV3 sejak tahun 1990.

Iklan
Iklan

2-Pasti ramai yang merindui suara dan kepetahan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58 menyampaikan berita berbahasa Melayu dan Inggeris.

3-Kewibawaan Zalina Shaharah Azman ketika menyampaikan berita dan mengacarakan program Money Matters sememangnya tidak dapat disangkal.

4-Zalina pernah diberi jolokan ‘hos wanita paling glamour’ dan pernah menemuramah personaliti antarabangsa seperti bekas Perdana Menteri Afrika Selatan, Nelson Mandela.

5-Beliau turut berpeluang menemuramah bintang popular Hollywood, iaitu selebriti Beyonce Knowles dan Britney Spears.

6-Selepas bersara, Zalina menulis beberapa buah buku. Antara karyanya ialah Mystical Mangla dan V for Vintage.

Baca juga: Mengendalikan program sensasi, 999, Sofea Nur Solehha sentiasa berhati-hati, bimbang isu keselamatan

Baca juga: Saya mahu elak diri daripada bergosip, cakap perkara tak berfaedah -Hawa Rizwana

Mula bertugas di TV3 pada tahun 1990, Zalina memiliki Sarjana Kewartawanan. (Kredit foto: Youtube MAG 2001 MAG Studio Network)

ZALINA HILANG SEJAK NOVEMBER 2021

Bagaimanapun kini, Zalina dikhabarkan hilang jejak. Beliau dilaporkan hilang sejak November 2021 dan masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd lqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan daripada anak Zalina, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.

Zalina dilaporkan hilang cuba dihubungi Mikhael sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuknya dimasukkan ke hospital. Namun usaha dilakukan menemui jalan buntu.

“Pada 29 Nov 2021, Mikhael dan pak ciknya sampai di rumah ibunya di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati kereta ibunya berada di rumah,” katanya.

DOKUMEN PERIBADI, WANG TUNAI DAN KUNCI KERETA

Katanya pemeriksaan di rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun namun mangsa tiada di rumah.

“Turut ditemui beg duit milik ibu pengadu mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, wang tunai RM600 serta kunci kereta,” katanya.

Beliau berkata segala usaha mencari telah dilakukan namun gagal menemui wanita itu.

Polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sentimeter, berat 60 kilogram, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat.

Baca juga: Wanita jumpa kucing kesayangan selepas 10 tahun hilang. Ini tip untuk cari si bulus kalau MIA

Sumber: BERNAMA, MStar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Azma ML

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

2 hours ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

3 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

7 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

9 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

13 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

14 hours ago