Diinspirasi daripada kisah benar, ini 5 iklan raya yang cukup menyentuh perasaan. ‘Penuh emosi & sarat dengan mesej’

SETIAP kali menjelang sambutan Aidilfitri, tidak sah andai tidak dilengkapi dengan iklan raya.

Ia ibarat satu eleman penting setiap kali tibanya lebaran.

Tahun ini tidak terkecuali, bahkan paparan iklan raya kali ini cukup menyentuh emosi selain sarat dengan mesej.

Sementelah, ia memaparkan jalan cerita tersendiri yang mana diangkat daripada kisah benar dan isu semasa selain menampilkan barisan pelakon terkenal.

Berikut SinarPlus kongsikan lima iklan raya 2024 yang kisahnya diinspirasi daripada kisah benar.

1. Iklan Raya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Iklan berjudul Conteng sempena Syawal itu berjaya menyentuh hati dan membuat ramai sebak sehingga mencatat tontonan lebih satu juta dalam tempoh tiga minggu ditayangkan di YouTube.

Pengarahnya, Rashid Sikh Abdullah berkata, idea asal daripada PKNS berkenaan seorang anak yang sudah berjaya dikatakan merajuk dengan kata-kata bapanya sewaktu kecil. Disebabkan itu, lebih 20 tahun beliau tidak pulang ke kampung.

Rashid dikatakan mengambil rujukan daripada filem dan rakannya sendiri yang dihalang cita-citanya untuk menyambung pengajian tertinggi dalam jurusan seni atau seni halus.

Iklan
Iklan

Lantas, hal tersebut menjadi inspirasi buat dirinya dengan mencantumkan kisah-kisah sebenar.
Menerusi beberapa penulis skrip yang saling bertukar idea, maka mereka ciptakan sebuah jalan cerita yang mungkin dianggap klise namun digarap dan divisualkan dengan menarik.

Antara kekuatan utama iklan itu juga adalah penampilan pelakon veteran, Jalil Hamid yang mempamerkan lakonan cukup cemerlang.

2. Iklan Raya Bank Muamalat 2024

Iklan raya berjudul Nak Ikut ini diinspirasi daripada kisah benar rakan sebaya pengarah iklan raya ini, Dzulkifli Shaari.

Kisah cerita pendek ini penuh dengan mesej tersirat, terutamanya tentang keluarga, dunia yang sementara, dan sedekah untuk pahala berterusan dan sebagainya.

Nak Ikut mengisahkan tentang tiga beradik yang sudah kehilangan kedua ibu bapa dan tinggal bersama nenek mereka.

Kisah menjadi tragis apabila adik kepada Hamidi iaitu Zaid meninggal ketika dalam perjalanan mencari abangnya yang pergi ke kedai membeli baju raya.

Lebih menarik lagi, penampilan istimewa penyanyi, Ezad Lazim yang mempersembahkan lagu bertajuk Dekat Semula untuk OST iklan berkenaan.
Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan komposer Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Walaupun boleh dikatakan antara “newcomers” yang masih baru dalam dunia PSA Raya, adunan dalam iklan raya itu berjaya menyentuh hati dengan penceritaan yang berkesan dan mesej yang mendalam.

Iklan raya Nak Ikut yang dibawakan oleh Bank Muamalat ini sudah mencecah jutaan tontonan di semua platform media sosial seperti Facebook, YouTube dan Instagram.

3. Iklan Raya Elrah Exclusive

Buat julung kalinya, Elrah Exclusive melancarkan filem pendek sempena 10 tahun dalam industri fesyen.

Dibintangi oleh barisan pelakon serta duta pakaian Elrah Exclusive pada raya tahun ini seperti Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Meerqeen, MK K-Clique dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, Fatimah Abu Bakar yang melakonkan watak ibu.

Filem pendek bertajuk Tak Pernah Suka Mak ini adalah berdasarkan kisah benar yang dilalui pengasasnya iaitu El Azman.

Walaupun si ibu tidak menunjukkan kasih sayangnya pada anak, dia tetap berbangga dengan segala pencapaian anak dan setia mengiringi langkah mereka dengan doa. Pada akhirnya, ajal menjemput si ibu dan anak terlambat mengetahui kasih maknya.

4. Iklan Raya RHB

Iklan raya berjudul Lembaran Baharu ini adalah kisah realiti yang dikongsikan oleh seorang peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar ketika mengendalikan kes kecurian.

Kisahnya membantu dan menyelamatkan seorang ibu yang hampir dipenjara kerana kes curi kotak pensil di sebuah pasar raya dijadikan iklan raya 2024 RHB Group.

Kisah yang berlaku pada 1998 itu menceritakan seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja pembersihan mencuri kotak pensel yang berharga RM18 untuk dihadiahkan kepada anaknya yang mendapat keputusan nombor satu dalam kelas.

Bagi mendapatkan kesahihan cerita wanita berkenaan, Ahmad Zaharil ke sekolah anak wanita itu dan guru di sekolah itu tidak menafikan keputusan murid berkenaan. Mahkamah memutuskan kepada wanita berbangsa India itu untuk berkelakuan baik selama beberapa tahun.

Beberapa tahun kemudian, anak kepada wanita itu bertemu dengan Ahmad Zaharil dan memperkenalkan dirinya ketika itu sudah bergelar peguam.

5. Iklan Raya Taylor’s University

Sesuatu yang menarik apabila iklan raya turut dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT). Buktinya, iklan dari Taylor’s University ini tidak kurang hebatnya.

Suami Mithali membawakan kisah mengenai realiti rumah tangga yang jarang diperkatakan dalam kehidupan seharian kita.

Mungkin ada yang memandang serong cara hidup suami isteri yang ‘bertukar peranan’ ini. Suami tinggal di rumah, isteri pula pergi bekerja. Namun, mereka pasti ada sebab tersendiri untuk pilih jalan hidup sebegitu.

Iklan ini mengajak orang ramai agar meningkatkan peranan dalam keluarga, memimpin dengan penuh kasih, mengukuhkan hubungan dengan pengorbanan, dan saling memahami jalan hidup seseorang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

 

Share
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

20 mins ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

3 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

4 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

5 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

9 hours ago