DATUK Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha figura yang disegani. Angkasawan negara pertama itu bukan sahaja menjadi inspirasi kerana kejayaannya, beliau juga pempengaruh keibubapaan yang diikuti ramai.
Sering berkongsi ilmu dan menjadi inspirasi ibu bapa muda, bapa kepada enam cahaya mata itu baru-baru ini memuat naik sebuah video yang menimbulkan tanda tanya para pengikutnya.
Sheikh Muszaphar berkongsi video yang memaparkan beliau membisikkan berita menggembirakan kepada anak-anaknya.
“Membisikkan berita yang baik. Alhamdulillah, syukur sangat, semua teruja
”Semoga dipermudahkan, amiinn,” titip beliau.
Pada akhir video dipaparkan keenam-enam anak memeluk isteri beliau, Dr Halina dan rakaman imbasan ultra sound yang mengesan degupan jantung bayi.
Warganet yang tertanya-tanya dan meneka kemungkinan pasangan itu bakal menerima kelahiran cahaya mata yang ketujuh.
Rata-rata mengucapkan tahniah. Tidak kurang yang menyatakan terhibur dengan gelagat permata hati doktor bedah ortopedik itu dan meminta penjelasan lanjut.
– “Apa tu… dapat adik lagikah?”
– “Berita apa, hendak nak tahu juga?”
– “Alhamdulillah tahniah, semoga ALLAH mudahkan setiap urusan kalian sekeluarga.”
– “Bestnya dapat anak ramai, penyeri hidup dunia dan akhirat.”
Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor
Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos berkahwin pada 10 Oktober 2010.
Pekahwinan mereka diserikan dengan kehadiran enam cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 5, Sheikh Eusoff serta Sophea Emelia, 2.
Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
RAJA Bollywood, Shah Rukh Khan bukan sahaja popular, malah turut tersenarai antara 10 pelakon terkaya…
Kejamnya ibu! Anak setahun maut dicekik, ditekup dengan bantal, berikut 11 fakta kejadian TERGAMAKNYA hati…
BETULKAH memakan ubat penahan sakit akan mengakibatkan masalah kepada buah pinggang? Ramai yang mengalami masalah…
BOTOL plastik memang tak 'lari ' dengan kehidupan kita. Biasanya yang paling dekat adalah botol…
'Tak seindah disangka', Shikin Maembong kongsi cerita hidup jadi isteri kedua BUKAN semua wanita boleh…
Baby 54 hari maut diberi minum air herba, wanita kecewa tindakan keluarga SETIAP bayi hanya…