RAMAI melihat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghadkan pergerakan dan daya kreativiti kerana perlu ‘berkurung’ di dalam rumah ketika ia mula diperkenalkan Mac lalu oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan pendemik Covid-19.

Ramai memilih untuk hanya berehat hingga terbit rasa bosan. Itu antara keluhan yang biasa didengar ketika tempoh perlaksanaan PKP.

Namun tidak bagi Muhammad Haikal Moktar, 22 tahun, yang mana dia dan abangnya melihat perintah berkurung itu sebagai ‘masa terbaik’ untuk mereka mengasah minat dengan bentuk beberapa buah kapal terbang kawalan jauh.

Apa yang menarik minatnya itu membuahkan hasil apabila melihat kapal terbang mininya berjaya terbang tinggi di udara.

Berkongsi minatnya dalam reka bentuk dan kejuruteraan udara, pelajar tahun tiga dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Biloteknologi Makanan itu berkata, sejak di sekolah lagi dia banyak membuat rekaan reka bentuk bot dan kereta menggunakan Polypoam Board.

Namun, ketika itu dia hanya mampu mereka tanpa mampu menggerakkannya. Minat dan rekaan reka bentuk itu tumbuh seiring dengan minat abang sulungnya, Muhammad Aliff Asyraf.

“Bila banyak masa terluang ketika PKP itu, saya bersama Along mula mereka kapal terbang kawalan jauh ini. Along banyak gunakan bahan-bahan terbuang seperti botol dan plastik sementara saya lebih sukakan polyfoam board sebab lebih senang nak design dan potong ikut rekaan kita suka.

Dua beradik guna bahan terbuang cipta kapal terbang kawalan jauh sendiri akibat bosan PKP

“Untuk enjinnya pula, bagaimana mahu menerbangannya, saya banyak membaca dan melihat cara rekaan enjin dihasilkan melalui Youtube dan Along juga banyak membantu sebab dia pandai dalam kejuruteraan.

“Apa yang diperlukan untuk buat kapal terbang kawalan jauh ini tak susah. Kosnya pun tak tinggi, cuma perlukan polyfoam, remote (transmitter) dan receiver yang kita boleh pasang sendiri.

“Cuma yang penting minat dan tekun kerana kalau tak berminat kita akan cepat rasa bosan. Masa yang sama kita kena try and error untuk membolehkan kapal terbang ini terbang mengikut apa yang kita mahukan,” katanya yang banyak membuat tempahan melalui online selain mendapatkannya di kedai bagi mendapatkan barang-barang untuk rekaan kapal terbang dihasilkannya.

Dua beradik guna bahan terbuang cipta kapal terbang kawalan jauh sendiri akibat bosan PKP

Jelas Haikal lagi, walau nampak mudah namun pengetahuan dalam sains dan kejuruteraan perlu ada bagi anak muda yang minat dalam bidang rekaan sebegini.

“Kita kena tahu semuanya. Kalau saiz kapal terbang ini, berapa Gigahertz (GHz) diperlukan. Biasanya bagi saiz kecil 45cm, transmitter dan receiver diperlukan hanya sekitar 2.4Ghz sahaja. Macam saya bina ini, ia boleh terbang dalam radius 500-600 meter sahaja. Kalau lagi besar, jaraknya lagi jauh, katanya memaklumkan berat kapal terbang juga memainkan peranan.

Iklan

Tambahnya lagi, setakat ini dia sudah mereka enam kapal terbang yang dinamakannya “Piper Cherokee”, Thunderbolt, Interceptor, Skywalker, MS225 dan B-Box sama ada secara sendiri dan bergabung idea dengan Alongnya.

“Rasa puas bila tengok kapal terbang terbang tinggi di udara. Masa mula buat dulu memang banyak yang patah sebab tak pandai agak. Tapi lama kelamaan dah makin cekap,” katanya yang baru saja menghasilkan sebuah Piper Cherokee bersaiz besar iaitu 800 gram.

Dengan minat mendalam, jelas Haikal, kos pembuatan bagi kapal terbang kawalan jauh mini ini tidaklah tinggi mana dan saya bercadang untuk menjualnya kepada mana-mana orang yang berminat,” katanya yang bakal menyambung pengajian tidak lama lagi.

Iklan

Malah kerana minat mendalam dalam reka bentuk kapal terbang juga, dia dan abangnya sudah menubuhkan team dinamakan Fly High dan baju juga sudah dihasilkan.

Walau mengikuti pengajian bidang berbeza di universiti, jelas Haiqal dia tiada masalah kerana reka bentuk kapal terbang ini adalah minatnya.

“Setiap orang ada hobi, dan inilah antara hobi saya dalam reka bentuk kapal terbang kawalan jauh,” katanya lagi.

Kredit : Remaja