DI SAAT orang lain buntu tidak tahu hendak buat apa di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, nampaknya pemuda yang seorang ini memanfaatkan masa yang ada itu sebaiknya.

Siapa sangka, aktiviti yang dijalankannya itu membuahkan hasil. Pastinya ramai yang tidak terjangkau dek akal usaha dijalankannya sukses dengan jayanya.

Apa tidaknya, hanya daripada beberapa belas biji telur ayam, tanpa dieram oleh ibunya, pemuda bernama Azry Fazamy ini berjaya ‘menghasilkan’ anak ayam.

Mengakui apa yang dilakukannya sememangnya ‘kerja giler semasa PKP’, begitupun, beliau tidak lokek berkongsi bagaimana ‘eksperimen’ yang dilakukannya itu menjadi.

“Beli telur ayam kampung. Buat incubator sendiri guna kotak dan lampu gantung 25watt, peram telur ayam selama 21 hari… dah inilah hasilnya..,” kongsinya di page Facebook, Tukang Apa Hari Ni semalam.

Wah.. menarik bukan? Siapa kata anak Melayu malas? Yang bestnya, ramai pula yang mahu mengikut jejak langkah beliau untuk menjadi ‘bapa ayam’.

Berikut sebahagian soalan menarik netizen berkenaan projeknya itu yang dijawab tenang oleh Azry:

Uihhh. Memang beli fertilized eggs ke?

Azari Mat Yasir x tahu fertilized eggs or not.. nasib2 jer…

Ini by far projek paling unexpected aku pernah tgk dalam group ni. Syabas bro haha

Telur beli pasar je ke?

Lutfi Kembali beli dari pengedar telur aym kampung kat Meru

Alaaa comelnye..

Zaimi Yakub waahhh… Mnjadi

On lampu 25 watt tu 24jam ke?

Hakim Helmi yes.. 24 jam selama 21 hari

Jadi semua atau ada juga yg x menetas..terbaik betul projek ni..

Ciptho Wiryawan dari 15 biji — 3 jer yg menjadi

Kongsikan skit setup dan cara..

1. Pakai kipas x utk airflow dlm kotak
2. Lampu kalimantang 25w on 24jam?

Suhaimi Sulaiman just lampu gantung biasa (mentol warm white ) 25 watt, letak kan satu bekas air bersih utk jaga temperature..

Suhaimi Sulaiman x payah kipas airflow pun…

Iklan

dok umh jnis apa bela ayam ni😅

Mohd Fairuz Bin Ahmad x pasal2 aku kena tukang sendiri reban ayam plak lepas nie..

Apa yg menyebabkan tuan rasa nk tetaskan telur ayam sdn musim pkp neh?

Donna Karan saja jer.. kelas pendidikan alam dah manusia utk anak2 😅

Nnt nak jual or makan tak jadi. Sbb syg

Yusha Ahlia Faris begitulahh.. comel plak tu..,

Pusingkan tak telur tu? Berapa kerap ye encik. Nk tahu je

Iklan

Fariza Rasli yer pusingkan sekali sehari.. tapi mesti pada masa & waktu yg sama..

Fariza Rasli pagi kul 10:00

Telur tak menetas tu boleh makan lagi tak? 😄

Syed Setia Pernama x boleh…

Telur2 lain tu ada try ketuk2 tak? Kadang2 ada anak ayam yang tak larat nak pecahkan dari dalam, perlu ditolong.

Hikmah Majid yer betul.. tu ada yg kelemasan… almaklum laaa tukang sendiri blum pakar; baru cuba2 jadi Bapak Ayam.., 😅

Antara komen netizen terhadap perkongsian Azry.

Bagaimana, mesti ramai yang teruja. Kalau ada kemahuan mesti ada jalan. Mana tahu lepas ni uols boleh jadi tauke ayam! -AG #rantaiankasih