BUKAN mudah buat ibu bapa tatkala menjadi insan terpilih menerima kehadiran zuriat yang tergolong dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU).

Namun demikian, sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakal, tetapi ALLAH menentukan segalagalanya.

Itu yang dikongsikan oleh Pakar Sosial, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Pakar Sosial, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.
Mohammad Shatar

Menurut beliau, bukan semua perkara diimpikan akan diperoleh memandangkan setiap individu dikurniakan rezeki berbeza-beza.

"ebagai manusia khususnya umat Islam, dalam agama telah menyatakan bahawa setiap ketetapan yang berlaku itu ada hikmah tersendiri.

Begitu juga apabila berdepan situasi menerima kelahiran cahaya mata OKU.

"Jangan terus berendam air mata meratapi ‘kekurangan‘ anak.

Hikmah manisnya mungkin tidak dapat dilihat di dunia, sebaliknya dihadiahkan di akhirat. Justeru, pikul tanggungjawab ini dengan baik memandangkan mereka (anakanak istimewa) adalah amanah kurniaan ILAHI,” jelas beliau ketika dihubungi Sinar Plus baru-baru ini.

Bagi meniupkan semangat kepada ibu bapa yang masih kaget dengan kehadiran cahaya mata OKU, Mohammad Shatar yang juga Naib Canselor UPSI di Tanjung Malim, Perak berkongsi tip utama.

Iklan

1.Bersyukur hadiah ALLAH
"Percayalah, DIA tidak akan menguji dan membebani seseorang lebih daripada kemampuan hamba tersebut.

"Disebabkan itu, jangan sesekali melihat anak OKU sebagai beban, sebaliknya ambil sudut positif. Mungkin kehadiran mereka itu membantu anda (ibu bapa) ke jalan diredai ALLAH,” jelasnya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya menyayangi anak istimewa sama seperti yang
dicurahkan kepada anak-anak normal.

Iklan

Usah membezakan kasih sayang. Tindakan sedemikian boleh mewujudkan aura negatif untuk pembesaran kanak-kanak OKU. Limpahan rasa cinta berupaya menyuntik energi positif terhadap anak-anak.

OKU
ANAK-ANAK istimewa juga memiliki kelebihan tersendiri.

2. Cari kelebihan anak
Tutur Mohammad Shatar, anak-anak istimewa tetap mempunyai kelebihan tersendiri meskipun dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna.

"Ibu bapa harus memainkan peranan mencari dan menggali kelebihan luar biasa yang dimiliki anak-anak. Kadangkala, kekuatan mereka lebih bagus berbanding individu normal dan cukup sifat.

"Jika kelebihan anak istimewa ini diasah secara konsisten, insya-ALLAH mereka akan membesar menjadi insan terbaik,” katanya.

3. Tepis tohmahan
Dalam memastikan keharmonian keluarga, jangan ambil peduli sindiran dan ejekan
masyarakat.

"Tidak semua individu berpuas hati dengan apa yang kita miliki. Zuriat yang normal pun tidak
sempurna pada pandangan mata mereka (masyarakat), apatah lagi anak OKU.

"Justeru, anda harus sabar dan tabah demi kondisi anak istimewa. Setiap tohmahan yang dilemparkan tepis secara berhemah,” ulas beliau.

Foto: https://www.seattlechildrens.org dan denys_kuvalev