Gelagat wanita ini rakam acara lipat kain empat bakul untuk ‘Sukan Olimpik’ bikin ramai terhibur

LIPAT kain antara aktiviti atau rutin harian kaum ibu di rumah. Kadangkala datang mood ‘malas’, dibiarkan sahaja. Akhirnya menimbun tinggi.

Pening kepala dibuatnya kan sebab terpaksa mengambil masa untuk melipat sehingga siap.

 

Menerusi satu video di medium TikTok, dikongsikan gelagat seorang wanita yang dikenali sebagai Nadia Hasnan menjadikan acara melipat kain sebagai ‘sukan olimpik’ di dalam rumahnya.

Iklan
Iklan

Video yang berdurasi 38 saat tersebut memaparkan aksi  bekas peserta Akademi Fantasi itu bersama timbunan baju yang belum dilipat dan diletakkan di bahagian ruang tamu kediamannya.

 

Sambil mengulas seolah-olah sedang menyertai ‘sukan olimpik’ , Nadia akhirnya berjaya lipat baju di dalam empat bakul dalam masa 30 minit.

Rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat beliau yang seolah-olah kecewa kerana gagal dalam acara tersebut.

 

Video yang viral itu mendapat lebih 947,000 tontonan dan 129,000 tanda suka.

Bahkan, ada yang memberi komen supaya beliau tidak berputus asa dan menyertai ‘Sukan Sea’ pada masa akan datang.

Bukan itu sahaja, ada yang memuji kepantasan Nadia melipat pakaian dalam tempoh 30 minit, sedangkan ada yang mengambil masa lebih daripada sejam.

Memang kelakar!

Sumber: TikTok Nadia Hasnan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Hati-hati! Kes naik hampir 2 kali ganda, gelombang baru Covid-19 Singapura, 15 info perlu tahu

GELOMBANG baharu wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Singapura membimbangkan apatah lagi apabila ia membabitkan lonjakan…

17 mins ago

‘Jangan simpati, zahirkan kebencian apa yang dilakukan.’ Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dijarakkan, ini sebabnya

PENGEBUMIAN suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor tular susulan dikuburkan jauh liang lahad penghuni…

1 hour ago

‘Tak boleh kawal, apa mak masak itu kita makan.’ Siti Nurhaliza kongsi tip pemakanan Aafiyah, Afwa

KESIBUKAN dengan aktiviti kerjaya tidak membataskan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mengambil berat…

2 hours ago

‘Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.’ Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya

FATIMAH Omar Mukhlis, 10, kanak-kanak petah yang popular di laman sosial. Dilahirkan di Birmingham, United…

3 hours ago

‘Tengok-tengok sampai kain putih saja macam mana…’ Adik sayu kata-kata Sarjan Faridah jadi kenyataan, anak OKU kehilangan ibu

PEMERGIAN Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan…

6 hours ago

Dunia lagak ngeri pembuka rezeki Trisha Ooi, pegang amanat arwah ayah & azam mahu terbang lebih jauh

SUDAH menjadi trend industri seni tanah air, rezeki populariti artis baharu mudah mencanak naik apabila…

8 hours ago