Genap 3 bulan, sangat aktif & suka ketawa, Madammu dedah wajah Ahmad Kayden khas buat followers sokong perjalanan IVF

USAHAWAN kosmetik dan influencer ini begitu dekat di hati warganet. Sering berkongsi penstriman langsung di laman sosial TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid mendedahkan wajah cahaya mata pertamanya, Ahmad Kayden.

Dilahirkan pada awal Jun 2023 menerusi pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, Kayden kini genap tiga bulan.

Kongsi Madammu, bayinya itu kini membesar sempurna dan menunjukkan perkembangan yang baik.

“Assalamulaikum aunty semua, saya Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri! Saya anak bongsu kepada Madammu dan TP.

“Hari ini genap tiga bulan, berat badan saya 6.2 kilogram.

“Saya sangat aktif dan suka ketawa!” kongsi Madammu yang turut memiliki tiga orang anak tiri.

Menjalani rawatan in vitro fertilization

Iklan
Iklan
(IVF) untuk hamil, ibu berusia 33 tahun itu turut mendedikasi foto puteranya buat mereka yang memberikan sokongan sebagai kekuatannya selama ini.

“Gambar ini khas untuk aunties yang mengikuti journey IVF mummy saya dari awal sehingga berjaya.

“Tidak lupa kepada Dr Haris, Alpha Fertility, Dr Datuk Aziz dari Prince Court yang banyak membantu mummy dapat proses IVF dan kelahiran.

“Doakan Ahmad Kayden membesar dengan baik dan menjadi anak taat serta berjaya. I love you aunties!” titipnya.

Baca juga: Madammu selamat bersalin baby A buat ramai linang air mata, socmed dibanjiri tahniah

Sebelum ini, Madammu menunggu tujuh tahun sebelum dikurniakan zuriat.

Pada Oktober 2022, beliau berkongsi berita gembira kini hamil pada usia kandungan lima minggu.

Selain rawatan IVF, wanita jelita ini juga terpaksa menjalani prosedur membuang tiub fallopian dan mengambil pelbagai suntikan, selain makan pil hormon yang memberi kesan ke atas emosi.

Baca juga: Penantian 7 tahun berakhir, Madammu kongsi berita gembira kini hamil 5 minggu

Malah, Madammu terpaksa menjalani bed rest selama 10 hari sepanjang proses IVF berlangsung.

Warganet teruja melihat si kecil yang dinanti-nantikan itu dan memuji kecomelan Kayden.

– “Tabarakallah comelnya Ahmad Kayden. Muka dia macam muka Mat Salleh.”

– “Alhamdulillah. Doa semoga baby Ahmad Kayden membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh dunia akhirat.

– “Masya-ALLAH tabarakallah, comelnya. Hidung mancung handsome boy. Semoga menjadi anak soleh.”

– “Masya-ALLAH tabarakallah kacaknya dia. Lama kami tunggu awak, semoga membesar dengan baik dan jadi anak hebat untuk agama, bangsa dan negara.

– “Masya-ALLAH anugerah terindah buat Madammu dan TP. Moga Kayden menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat.”

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Sumber: TikTok Madammu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

3 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

6 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

6 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

7 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

12 hours ago