KAIN baju yang sudah penuh dalam almari hingga tidak dapat menampung had muatan lazimnya akan menyebabkan pemiliknya cuba membuang pakaian-pakaian lama.

Jujurlah, memang ramai dalam kalangan kita hanya tutup sebelah mata dan membuangnya begitu saja kerana sudah tak tahu di mana lagi hendak disimpan, bukan?

Akan tetapi, ketahuilah bahawa sebenarnya banyak pihak lagi yang memerlukan. Disebabkan itulah pihak Persatuan Keluarga Autisme UPM (Pekaupm) misalnya menganjurkan program ini:

Tolong jangan buang…

Sebab UPM akan mengadakan “HARI PENGUMPULAN PAKAIAN TERPAKAI” seperti ketetapan berikut;

▪️Tarikh: 12 & 13 September 2020 (Sabtu & Ahad)
▪️Masa: 9.00pg hingga 4.00ptg
▪️Lokasi: Dewan Besar, UPM, Serdang Selangor

Klik link dan gunakan waze untuk ke Dewan Besar, UPM Serdang : https://www.waze.com/ul…

Untuk perhatian, pihak penganjur tidak menerima barangan tersebut sebelum atau selepas tarikh program.

Artikel berkaitan: Dermalah walaupun RM1 untuk bantu Aifa, pejuang kanser otak

Antara mereka yang sudah mendermakan pakaian lama.

Kami terima semua item seperti di bawah,

1. Semua jenis barangan berasaskan fabrik, semua jenis pakaian, baju, seluar, cadar, selimut, comforter, pillowcase, kasut, langsir, tuala dan sebagainya.

2. Semua jenis barangan kulit, tali pinggang, kasut, handbag, beg sekolah dan sebagainya.

3. Kami terima yang MASIH ELOK DAN TAK ELOK.

4. Harap maklum barangan perabot/kaca/elektrik/buku tidak diterima

– Mohon bantuan anda untuk masukkan setiap sumbangan pakaian terpakai ke dalam kotak atau plastik dengan baik serta kemas.

Iklan

☎️ Maklumat lanjut, sila WhatsApp sahaja kepada:

Pn. Rafidah: www.wasap.my/60173337826/PakaianTerpakaiPEKAUPM
Dr. Saiful: www.wasap.my/601132521063/PakaianTerpakaiPEKAUPM
Pn. Fairuz: www.wasap.my/60102522677/PakaianTerpakaiPEKAUPM
Pn. Azana: www.wasap.my/60133200222/PakaianTerpakaiPEKAUPM

Hasil dana daripada pengumpulan pakaian terpakai ini akan disalurkan kepada Persatuan Keluarga Autisme UPM bagi menampung kos program-program yang akan dijalankan.

Iklan

Projek ini anjuran Persatuan Keluarga Autisme UPM dengan kerjasama Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd (LLCM).

Ikuti kami FB, https://www.facebook.com/PEKAUPM/

Begitu perkongsian Pekaupm, di Facebook rasminya baru-baru ini. Justeru sesiapa yang hendak menderma pakaian lama termasuk cadar, selimut, comforter, pillowcase, kasut, langsir, tuala, semua jenis barangan kulit, tali pinggang, kasut, handbag, beg sekolah dan sebagainya bolehlah berbuat demikian.

Masih ada masa untuk membungkus barangan ini yang dirasakan hendak didermakan sebelum tarikh itu nanti. Moga bermanfaat!

Jangan lupa beritahu saudara, rakan taulan dan jiran ya. -AG