BENARLAH bahawa hidayah itu adalah hak milik ALLAH SWT. Ia terlalu mahal dan petunjuk itu hanya DIA yang punya.

Tiada siapa berhak memberikan hidayah kepada manusia waima Rasulullah SAW.

Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” (Surah Al-Qasas, ayat 56)

Inilah situasi dihadapi seorang jejaka dikenali sebagai Jackie Jamior Jepol yang mana dua keping foto beliau tular di dalam laman sosial hari ini.

Ia berikutan anak kelahiran Penampang, Sabah tersebut mendapat hidayah memeluk Islam pada bulan Ramadan yang mulia.

Menurut posting dimuat naik oleh jom_dakwah menerusi laman sosial Instagram, beliau yang memilih nama Islam, Afiq Iman telah melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Putrajaya hari ini.

Iklan
mualaf
DUA keping foto AFIQ IMAN (kiri) melafaz syahadah di depan Dr Zulkifli di Putrajaya tular menerusi laman sosial hari ini. 

Difahamkan, pada sesi tersebut Dr Zulkifli turut menitipkan pesanan kepada Afiq Iman berusia 27 tahun.

Iklan

Pada masa sama, Dr Zulkifli turut menjelaskan tentang keindahan Islam dan menyatakan bahawa agama terbabit tidak sama sekali menghina agama lain.

Hadir sama ialah wakil Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).