BUKAN mudah mahu mencari rezeki sesuap nasi namun tidak mustahil bagi yang kuat berusaha.

Tidak kiralah dalam apa jua bidang perusahaan asalkan meraih pendapatan yang halal untuk diri dan keluarga.

Seperti kita sedia maklum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan Mac lalu, ramai yang kehilangan kerja.

Mahu atau tidak, individu tersebut kena terima kenyataan itu dalam keterpaksaan.

Itulah yang turut terjadi kepada seorang pengguna Twitter, @syedhafizi yang mengakui bukan mudah memohon kerja lain selepas apa yang berlaku pada dirinya.

Apa yang dilakukan individu tersebut yang dikenali oleh Syed Hafizi boleh dijadikan contoh pada orang lain agar jangan putus asa dalam mencari kerja walaupun berdepan situasi sukar ketika PKP.

Artikel berkaitan: Pesakit kanser tahap empat berhasrat bersua Permaisuri Agong, gembira dapat ke Langkawi

Menerusi perkongsiannya, dia berkongsi pengalaman hilang kerja dan mula berniaga makanan serta turut memohon agar netizen ‘retweet’ statusnya itu untuk dia terus mencari pelanggan.

Iklan

Ujarnya, sebelum ini, dia memohon pelbagai kerja namun tidak berjaya.

Justeru, dia meneruskan hidup sehingga terpaksa bergantung pada duit simpanan.

Akhirnya dia mengambil keputusan berniaga makanan secara dalam talian.

Sekarang dia menyediakan dua menu lunch box iaitu Ayam Woku (Indonesian) dan Pad Kra Pao (Thailand).

Statusnya itu turut menarik perhatian netizen yang bersimpati dan memberi sokongan pada bisnes tersebut.

Iklan

SinarPlus mendoakan juga kepada sesiapa yang telah kehilangan kerja, akan terus tabah dan kuat berusaha mencari rezeki halal.