PANDEMIK Covid-19 yang tidak ketinggalan melanda Malaysia nampaknya telah banyak mengubah lanskap kehidupan masyarakat termasuklah di negara ini.

Barangkali disebabkan pelbagai kekangan dari pelbagai sudut, ramai individu dan banyak pihak kini beralih arah memandang kepada potensi sektor pertanian untuk berkembang.

Perasan tak dek kesan virus jahat itu yang memberi impak besar terhadap banyak sektor pekerjaan, ramai yang sudah mula mengusahakan tanah terbiar dan bercucuk tanam?

Itu kongsi penulis laman portal informasi pertanian Sifudurian-Rentas Asia.

“Bila ramai yang bercucuk tanam, permintaan terhadap benih buah-buahan akan terus meningkat. Permintaan akan melebihi pengeluaran,” katanya.

Jadi apa yang perlu dilakukan apabila hal sedemikian berlaku?

Antara yang dicadangkan supaya mengambil peluang berniaga menjual benih pokok dengan langkah bertani seperti berikut:

1. Belajar dahulu asas cantuman

“Saya sarankan anda belajar dahulu basic cantuman. Mulakan dari rumah. Belajar sehingga mahir. Mula jual benih dengan kawan-kawan,” katanya.

2. Kembangkan nurseri

Menurut Sifudurian, apabila mula dikenali ramai, kembangkan nurseri di tapak yang lebih besar. Cantum sendiri boleh untung 100 peratus.

Margin keuntungan pokok import dikatakan tidak banyak. Pilih benih yang banyak permintaan dan repeat order tinggi.

Perniagaan boleh dikembangkan apabila sudah mula dikenali.

3. Bina pelindung cahaya

Guna net (jaring) hitam 50 peratus atau 70 peratus untuk membina pelindung cahaya bagi elak tanah dan pokok kering cepat.

Sebaiknya guna batang besi paip berbanding batang bambu supaya tahan lama.

4. Berkawan dengan penjual benih

Iklan

Berkawan dengan ramai penjual benih. Ia memudahkan korang mudah mendapat ‘lubang’ benih dengan harga lebih murah.

5. Jujur dan tidak menipu

Ini pun asas dalam kehidupan bukan?
Kongsi Sifudurian, mereka yang mahu berniaga sebaiknya jujur dan tidak menipu pelanggan.

6. Kenali pokok dijual

Bagaimana hendak berniaga jika korang sendiri tak mahir dengan produk yang dijual?
Perlu tahu jenis-jenis pokok dan benih yang nak dijual. Ia memudahkan untuk menjual dan terangkan pada pelanggan.

Iklan

Menurut perkongsian Sifudurian lagi, untung menjual pokok buah-buahan agak lumayan.

“Bayangkan sepokok Musang King dijual sekitar RM38 sepokok, jika 1,000 pokok = RM38,000.

“Cukup untuk kali ini. Share jika anda rasa ia bermanfaat,” pesan Sifudurian.

Ada berani? Jika ada minat apa pun boleh dilakukan bukan? -AG #janganputusasamalaysia

Foto: Sumber internet