MENGUASAI satu kemahiran yang dipercayai tidak dimiliki oleh sesiapa di dunia ini, membuatkan Kamarul Faizy Roslan cukup teruja.

Bukan itu sahaja, Kamarul Faizy juga berbangga apabila seni pembuatan kaca kristal menggunakan teknik tiupan kaca (glass blowing) telah membantu menaikkan imej Malaysia dalam industri kraftangan negara di peringkat global.

Selaku pengusaha tunggal dalam perusahaan tersebut, empunya diri tidak menyangka, rezeki dalam menjalankan bisnes yang jarang ditemui semakin murah.

Beritahu pemilik Faizy Crystal Glass Blowing itu, segalanya bermula secara tidak sengaja apabila seorang pensyarah mempelawa beliau dan tiga orang lagi rakan menceburkan diri dalam seni halus berkenaan.

kamarul faizy skil tiupan kaca

“Ketika itu saya menuntut di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor. Pensyarah saya telah beri peluang kepada kami untuk mengambil jurusan Diploma Pengkhususan Tiupan Kaca dan Produksi di sebuah institusi di New Zealand.

“Bagaikan satu mimpi, daripada belajar seramik, saya dapat peluang untuk menelaah sesuatu yang lain daripada lain di luar negara selama lebih tiga tahun. Tidak sempat menghabiskan ijazah, saya terus dapat tawaran kerja dengan syarikat pembuatan produk berasaskan teknik tiupan kaca pada tahun 1996,“ ungkapnya kepada kru Cerita Orang Kita baru-baru ini.

Baca juga Bisnes kraftangan dan rotan, transisi minat bekas pemandu lori berjaya jadi satu rezeki

Sejak dari detik itu, bisnesnya berkembang dengan baik. Kemudian, pada tahun 2003 sehingga kini, Kamarul Faizy memilih Langkawi, Kedah sebagai destinasi mencari rezeki.

kamarul faizy skil tiupan kaca

“Pulau ini memang sudah sebati dengan jiwa saya dan seni pembuatan kaca kristal ini telah membuatkan kehidupan saya lebih bermakna,“ katanya.

Secara matematiknya, sudah 20 tahun anak jati Johor itu berkecimpung dalam bidang yang sehingga pada saat ini dilihat masih tiada lagi pelapis baharu.

Dalam tempoh masa yang panjang itu, Kamarul Faizy melalui banyak pengalaman yang cukup membanggakan.

kamarul faizy skil tiupan kaca

Ujarnya, paling tidak dapat dilupakan adalah momen menyiapkan tempahan model kaca bangunan Istana Negara untuk dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah yang bernilai RM13,000.

“Saya mengambil masa hampir dua bulan untuk menyiapkan replika model bangunan tersebut. Bukan apa, ia memerlukan sentuhan yang terperinci dan saya perlu lebih berhati-hati.

Baca juga Pencapaian luar biasa buat anak Orang Asli, kisah Edmund tamatkan pengajian di luar negara cetus inspirasi

“Bukan itu sahaja, terdapat beberapa lagi produk yang saya hasilkan untuk golongan VVIP, kerabat diraja dan pemimpin negara.

kamarul faizy skil tiupan kaca

“Apabila semua karya siap dengan jayanya, kepuasan yang saya rasakan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata,“ ungkap bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Selain membuat perhiasan kaca berbentuk replika, Kamarul Faizy juga sering menumpahkan idea menghasilkan paten bermotifkan burung helang, bunga raya, periuk kera, pinggan mangkuk dan pasu, selain aksesori wanita seperti rantai dan gelang tangan.

kamarul faizy skil tiupan kaca

Katanya, kebanyakan produk kraf kaca kristal beliau dibekalkan untuk hotel di Langkawi dan di beberapa negara luar seperti Maldives, Singapura dan Thailand.

Iklan

Pencapaian tahap tertinggi

Lelaki yang berusia 53 tahun itu mengakui, kepakarannya dalam teknik glass blowing yang diimplemenkannya merupakan pencapaian tahap tertinggi dalam seni pembuatan kaca di dunia.

Semestinya ujar Kamarul Faizy, bukan mudah untuk mendalami ilmu tersebut kerana ia memerlukan ketahanan dari aspek fizikal dan mental.

Baca juga Wakil tunggal Asia, Asyraf Dasley harumkan nama Negara di pentas dunia

“Pada suhu panas yang mencecah 1,400 darjah Celsius, teknik tiupan perlu dikuasai bagi menghasilkan bentuk yang diinginkan. Pada masa sama, saya perlu pantas membentuk corak dan motif bagi mengelakkan kaca mengeras.

kamarul faizy skil tiupan kaca

“Makan masa sebenarnya untuk menguasai pendekatan ini, proses membentuk kristal juga perlu kreatif,“ katanya.

Seperti yang diperkatakan, tiada seorang pun tampil menyatakan minat menguasai kemahiran seperti yang dimiliki Kamarul Faizy.

Iklan

Baca juga 3 gadis Melayu cemerlang akademik di Michigan State University harumkan nama Malaysia

Sambil tersenyum, beliau berkata, hal berkenaan terjadi mungkin disebabkan kurangnya pendedahan terhadap potensi bidang tersebut di negara ini, sedangkan ia mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

kamarul faizy skil tiupan kaca

“Selain itu, saya juga tak nafikan, bekalan serbuk kaca yang perlu diimport dari Belanda, selain modal yang agak tinggi untuk memulakan perusahaan sendiri antara sebab yang mengekang impian pengusaha kaca kristal untuk berkembang. Justeru, sokongan dan bantuan kerajaan amat penting dalam hal ini,“ katanya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pun demikian, pengusaha kraftangan terkenal itu berkata, Kraftangan Malaysia sebenarnya telah banyak membantu usahawan kraf dalam mengetengahkan produk mereka.

“Kraftangan Malaysia banyak memberi publisiti menerusi platform digital seperti Mycraftshoppe. Mereka juga menyediakan tapak niaga untuk kami bagi mengembangkan lagi bisnes yang dijalankan,“ katanya.