Ibu muda ini galas tiga amanah dalam satu masa

April 9, 2020
Oleh Arziana Mohmad Azaman

PENAT berpanas dan berhujan selama 12 jam tidak mematahkan semangat Juliana Jamak untuk membantu memutuskan rangkaian wabak covid-19 di ibu kota.

Meskipun kepenatan memantau dan menyelaras sekatan jalan raya selama 12 jam tanpa henti, namun pegawai wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) itu tetap gigih melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.


“Jika dibandingkan kerja sebelum ini hanya di pejabat sahaja namun kali ini lebih menggunakan tenaga dan agak mencabar berdepan fasa kedua perintah kawalan pergerakan (PKP).

juliana
MESKIPUN berkhidmat selama 12 jam tanpa henti, namun Juliana berpangkat Asisten Superintendan (ASP) itu tetap gigih melaksanakan tanggungjawab.

“Tidak dinafikan pernah rasa ‘down’ masa mula-mula mengendalikan misi ini namun semua itu saya tolak tepi demi memberi semangat kepada diri dan anak buah,” ujarnya kepada Sinar Plus baru-baru ini.

Bukan sahaja membahagikan masa dengan tugas dan pelajaran yang kini sedang melanjutkan sarjana di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kuala Lumpur, anak kelahiran Taiping, Perak itu perlu ‘menyelamatkan’ waktu berharga demi keluarga tercinta.

Iklan

Masakan tidak, bertugas selama 12 jam cukup mengehadkan masa bersama anak lebih-lebih lagi pulang sudah lewat malam dan si kecil sudah pun melelapkan mata.

juliana
BERTUGAS selama 12 jam cukup mengehadkan masa Juliana bersama anak-anak namun demi negara, beliau sanggup berkorban.

“Masa terluang dalam satu hingga dua jam akan dimanfaatkan sebaiknya bersama anak. Selalunya kalau balik lewat, anak akan sanggup berjaga dan menunggu kepulangan saya.

Iklan

“Sebab bila pergi semula kerja esok hari, dia masih tidur. Jadi, lepas pulang selepas bersihkan diri, saya akan luangkan masa dengannya bagi melepaskan rindu,” bicaranya.

Iklan

About Arziana Mohmad Azaman