APABILA disebutkan saja nama kumpulan BTS, boleh dikatakan seantero dunia mengenali barisan selebriti yang berasal dari negara Korea Selatan itu.

Untaian lagu hits dan kerjasama dengan dengan barisan artis antarabangsa seperti Halsey, The Chainsmokers dan Becky G menjadikan portfolio kerjaya mereka semakin mantap dari semasa ke semasa.

Percikan populariti yang dikecapi memang tidak perlu disangkal apatah lagi mereka sentiasa pulang tanpa tangan kosong pada setiap acara anugerah muzik.

Antara anugerah yang pernah dimenangi mereka adalah Lagu Kegemaran (Dynamite), Anugerah Kids’s Choice 2021, trofi Artis Sepanjang Tahun Anugerah Muzik Mnet 2018,2019 dan pada tahun 2020, Lagu Terbaik (Dynamite) Anugerah Muzik MTV 2020 serta beberapa pencapaian lain yang membanggakan.

Bagaimanapun bukan kehebatan mereka yang ingin diceritakan, tetapi kemunculan salah seorang ahli BTS, Jungkook yang tampil menggayakan kemeja bercorak batik dalam satu sesi temu bual baru-baru ini.

Menerusi wawancara dengan sebuah program bertajuk Zach Sang Show, penampilan Jungkook jelas mencuri perhatian khalayak.

Bukan sekadar membudayakan pakaian bercorak tradisional, tetapi tindakan penyanyi berusia 23 tahun tersebut secara tidak langsung telah mempromosikan batik di mata dunia.

Pastinya umum sudah mengetahui mengenai kehebatan BTS yang setiap apa yang dipakai mereka pasti akan menjadi ikutan peminat.

Mungkin disebabkan kita masih terpuruk dengan ideologi lama mengatakan pakaian bercorak batik hanya sesuai untuk digayakan oleh individu berusia, namun hakikatnya tidak begitu ya.

Iklan

Jelasnya, batik boleh dipakai oleh setiap lapisan usia tanpa rasa was-was!

Sebelum itu, salah seorang ahli BTS iaitu V atau Taehyung juga menjadi bualan ramai apabila memakai baju Melayu sewaktu latihan persembahan Anugerah Muzik Billboard 2018.

Iklan

Berikut SinarPlus kongsikan foto Jungkook mengenakan kemaja bercorak batik dan mengimbau semula gaya V ketika memakai baju Melayu berwarna putih di atas pentas berprestij lebih tiga tahun lalu: