SETIAP insan pasti memiliki impian.

Sebahagian daripada kita mengimpikan mahu mempunyai simpanan wang yang berjuta, bebas hutang atau memiliki rumah pada usia tertentu.

Namun, tidak kurang juga yang mendambakan untuk mendapatkan sebuah kenderaan mewah.

Ketika mewawancara salah seorang usahawan muda, Muhammad Afifi Ab Aziz, 26, beliau berkata, cita-cita yang dipasaknya sudah terlaksana lebih awal dari durasi masa yang disasarkan.

Itu semua kerana penglibatannya dalam dunia perniagaan bersama dengan NIMS ADELICIOUSZ.

Cerita Muhammad Afifi, sejak berusia 20 tahun lagi, dirinya sudah berjinak-jinak dengan produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin tersebut selepas diperkenalkan oleh Pengasas NIMS ADELICIOUSZ, Tengku Norhanim Tengku Othman.

NIMS

“Meskipun masih di menara gading dalam pengkhususan Ijazah Sains Komputer dan Keselamatan ketika itu, namun minat saya dalam dunia perniagaan memang sangat mendalam.

“Justeru, saya latih diri saya untuk berdisiplin dengan membahagikan masa dengan bijak antara belajar dan berniaga. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik pada masa itu,” kata anak kelahiran Bachok, Kelantan itu ketika ditemui SinarPlus di Studio F, Sinar Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini.

Ternyata, percaturannya bersama NIMS ADELICIOUSZ memang mendatangkan rezeki yang melimpah-ruah.

Masakan tidak, ketika usia jejaka berkenaan mencecah 23 tahun, anak keenam daripada lapan beradik itu sudah mampu memiliki rumah dua tingkat di Kuantan, Pahang dan menjalankan perniagaan sewa bilik di Kelantan.

Lagi membanggakan, atas berkat usaha dan kerajinannya berjualan, Muhammad Afifi sudah bergelar Master Leader.

Bukan itu sahaja, hasratnya untuk memandu kereta idaman berupa Ford Mustang yang menjadi kegilaan ramai anak muda juga tercapai.

Buka mata

Kata Muhammad Afifi, kejayaan yang dirangkulnya bukan tertakluk kepada dirinya seorang, malah beberapa usahawan lain yang berkerja keras bersama NIMS ADELICIOUSZ juga meraih pulangan yang berbaloi.

NIMS

“Contoh (kejayaan) sudah terbukti, alhamdulillah. Kami berpendapat, sudah ramai pihak di luar sana yang buka mata dan percaya dengan NIMS ADELICIOUSZ yang mampu mengubah nasib hidup sesiapa.

“Jika sebelum ini, ada yang was-was, bahkan turut memperlekehkan usaha saya berniaga, namun kini ramai yang teruja untuk menyertai jenama lokal ini.

Iklan

“Impak paling besar adalah selepas saya mampu memiliki kereta idaman dan ramai kawan-kawan mula tunjuk minat,” ujarnya yang kini sudah meluaskan pasaran ke negara jiran seperti di Singapura dan Thailand.

Pemuda itu juga kini sudah mempunyai 230 ejen yang aktif di seluruh negara.

Menyambung cerita, Muhammad Afifi berkata, musim Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung sejak Mac tahun lalu menjadi kemuncak kejayaannya apabila jualan yang direkodkan cukup memberangsangkan.

“Selain harga produk jenama ini yang cukup berpatutan, saya percaya rasa coklat premium yang cukup lazat antara faktor yang mendorong pelanggan terus mendapatkan produk NIMS ADELICIOUSZ tanpa henti.

“Enam tahun saya bersama NIMS ADELICIOUSZ, alhamdulillah, apa yang saya impikan mampu dicapai. Kepuasan dalam perniagaan membuatkan hidup saya sempurna,” kongsinya yang juga mempunyai kerjaya tetap yang lain.

NIMS

Iklan

Justeru, apa nasihat Muhammad Afifi selaku ahli perniagaan yang sudah berjaya pada usia yang masih muda kepada belia di luar sana?

Katanya: “Bagi saya, NIMS ADELICIOUSZ merupakan produk makanan berasaskan coklat yang bagus dan pada masa sama mempunyai margin keuntungan yang tinggi. Pun demikian, kesungguhan dan komitmen yang tinggi juga diperlukan untuk menjalankan bisnes. Insya-ALLAH di NIMS ADELICIOUSZ, tiada yang mustahil.”

Mengenai Peraduan PKPNimsXSinar yang sedang berlangsung kini, Muhammad Afifi mengalu-alukan penyertaan orang ramai.

“Syarat menyertainya cukup mudah sahaja iaitu dengan membeli koleksi edisi istimewa, Siri Pelangi dan kemudian anda berpeluang memang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM150,550.

“Tidak salah untuk mencuba, mana tahu ada rezeki. Lagipun membeli produk NIMS ADELICIOUSZ, anda akan berpuas hati kerana rasanya enak dan menyelerakan,” katanya.

Kepada semua pembaca Sinar Harian yang ingin menyertai Peraduan PKPNimsXSinar, dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat terkini dan perkembangan NIMS ADELICIOUSZ di semua platform media sosial dan di akhbar terkemuka ini setiap hari.