“SAYA tidak sanggup untuk menjual kesemua koleksi ini kerana setiap satunya mempunyai nilai cukup sentimental. Biarpun terdapat tawaran harga cukup tinggi dari luar negara untuk membelinya, saya mohon maaf kerana semua item tersebut bukan untuk dijual.”

Demikian kata Syed Yusof Wafa Syed Nordin yang cukup mencintai dan sangat menghargai lebih 10,000 koleksi barangan antik yang sudah dikumpulnya di Wafa Gallery sejak hampir 30 tahun lalu.

Syed Yusof Wafa atau mesra disapa Wafa berkata, peti besi lama yang dibeli di Melaka adalah antara barangan pertama yang menjadi miliknya.

“Selepas itu, saya semakin jatuh hati dengan barangan lama dan mahukan koleksi lain daripada yang lain.

“Sebab itu, saya sanggup melabur untuk mendapatkan item yang jarang dimiliki orang di pusat lelongan antarabangsa atau dalam talian,” katanya pada program Cerita Orang Kita bertajuk Koleksi Rare Syed Yusof Wafa di Wafa Gallery, Gombak, Selangor.

Pelukis potret itu memberitahu, beliau turut menyimpan busana terakhir yang digayakan Biduanita Saloma sebelum arwah jatuh sakit.

“Saya pun ada kain sarung Tan Sri P Ramlee dan rata-rata item tersebut adalah pemberian keluarga terdekat Allahyarham. Saya menjaga sepenuh hati dan paling tidak boleh dilupakan, pemberian cincin emas oleh arwah Datuk Ahmad Jais.

“Selain itu, koleksi tanda tangan khas album Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini saya simpan dengan cermat kerana semua itu membuatkan saya terharu sehingga berlinangan air mata,” ujar anak jati Kuala Kangsar, Perak itu.

Baca juga Bukan calang-calang, skil tiupan kaca Kamarul Faizy bawa imej Malaysia ke persada dunia

wafa gallery koleksi antik

wafa gallery koleksi antik

Bukan setakat koleksi peribadi artis tempatan, skop hobi Wafa diperluaskan lagi dengan mendapatkan himpunan foto dan album yang lengkap dengan tanda tangan asli, selain barangan peribadi milik beberapa bintang Hollywood.

Antara yang paling mencuri tumpuan lensa Cerita Orang Kita ialah tandatangan idola Wafa, Marilyn Monroe.

“Saya sangat meminatinya, tidak hanya tandatangan, saya membeli patungnya berharga kira-kira RM300, 26 tahun lalu. Dua helai rambut Monroe yang dibeli di pusat lelongan eksklusif di Amerika Syarikat masih tersimpan rapi,” katanya.

Baca juga Bisnes kraftangan dan rotan, transisi minat bekas pemandu lori berjaya jadi satu rezeki

wafa gallery koleksi antik

Beliau juga bertuah kerana berjaya memperoleh set berus sikat antik milik Lady Diana dan patung figura edisi terhad Michael Jackson, John Cena, Elvis Presley dan ramai lagi.

Iklan

Jadi buruan

Meskipun dikatakan obses sebagai pengumpul barangan antik dan biasanya akan mengeluarkan sejumlah wang yang agar besar untuk hobi tersebut, tegas Wafa, ada sebab tersendiri untuk beliau terus berbuat demikian.

Ujar bekas wartawan hiburan Utusan Malaysia itu, pelaburannya memang setimpal dengan apa yang dimilikinya.

wafa gallery koleksi antik

“Rata-rata (barangan) yang ada pada saya sekarang menjadi buruan ramai termasuk pengumpul dari luar negara. Jika ditanya harga koleksi yang saya miliki setakat ini, (harganya) mungkin boleh dikatakan luar jangkaan.

“Jika dulu saya beli dengan harga dua kali ganda, tidak mustahil kini nilainya sudah lima kali ganda,” katanya yang tetap tidak berganjak dengan prinsip untuk tidak menjual item kesayangannya.

Mengenai tips penjagaan semua khazanah istimewa itu, Wafa berkata, ia bukanlah tugas mudah.

Baca juga Misi Ratu Silat Negara, Rina mahu perturunkan legasi darah pendekar dan tawan Everest

Iklan

wafa gallery koleksi antik

“Ada barangan yang diletakkan di dalam bekas penyimpanan kedap udara dan antifungus. Semuanya kena teliti supaya koleksi saya dapat kekal lama,” ujar pengurus acara popular itu.

Ditanya adakah waris-warisnya berminat mengikut jejak langkah dan mewarisi minat luar biasanya, demikian jawapan Wafa: “Ini yang agak sedih, saya ada ramai anak saudara, tiada seorang pun yang minat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Kalau pergi ke rumah saya, mereka akan kata ‘ayah muda (panggilan kepada Wafa), takutlah bunyi jam lama dan keris’. Namun, saya harap suatu hari nanti, mereka atau tiga anak angkat saya meneruskan hobi ini.”