SEPERTI artis lain, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut bermurah hati memberikan sumbangan set kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk Institut Jantung Negara dan Pusat Darah Negara.

Dalam perkongsian melalui entri Instagram, penyanyi nombor satu Malaysia itu sempat menunjukkan bakat menjahit mask ketika mengunjungi dua pusat perubatan tersebut.

Memetik katanya, penyerahan kelengkapan PPE itu melalui sumbangan bersama suaminya yang merupakan hasil kerja keras anak yatim dan asnaf Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

ppe
SITI NURHALIZA menyampaikan sumbangan kepada wakil IJN dan PDN untuk keperluan frontliner.

“Projek pelangi itu membolehkan sukarelawan menyiapkan permintaan untuk 500 helai gaun PPE dalam masa tak sampai satu minggu.

“Alhamdullillah, semoga Allah SWT berikan kita semangat untuk terus berjuang dan membantu frontliner kita,” ujarnya dalam perkongsian dalam akaun Instagram.

Anak jati Kuala Lipis, Pahang itu turut mengajak orang ramai untuk memberikan sokongan dan memenangi perang membendung wabak Covid-19.

Iklan
ppe
KAKITANGAN IJN dan PDN juga bertungkus-lumus menjahit kelengkapan PPE.

“Ayuh rakyat Malaysia, tunjukkan sokongan kita dan kita mesti menang!! InsyaALLAH, Saya dan team melalui projek Dana PKP Siti Nurhaliza juga sedang berusaha untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan.

“Doakan saya ye. Tadi di IJN, sempat saya melihat staf menjahit sendiri keperluan mereka seperti face mask dan tudung PPE. Saya pun jahit sendiri mask untuk bawa pulang sebagai kenang-kenangan,” tulisnya.

Iklan
PASANGAN suami isteri yang juga bapa dan ibu saudara kepada Keith Foo turut membantu menyediakan kelengkapan PPE untuk frontliner.

Pada masa sama, hero drama popular, Keith Foo dalam perkongsian akaun twitter juga memaklumkan bapa dan ibu saudaranya turut bersama menjahit kelengkapan PPE frontliner.

Memiliki kedai menjadi di Seremban memberikan peluang kepada pasangan itu menolong semampu mungkin untuk membantu meringankan beban petugas perubatan di kawasan terbabit.