Jika jumpa peminta sedekah, jangan lupa buat ini…

SIFAT prihatin dan suka menderma rakyat Malaysia memang wajar dipuji. Lebih-lebih jika melibatkan golongan warga emas atau kanak-kanak yang meminta sedekah di tepi jalan.

Pun begitu, jangan terlalu naif sehingga boleh tertipu. Seperti kisah seorang mak cik yang meminta sedekah di sebuah pasar raya yang tular, wajar dijadikan iktibar.

Menurut perkongsian seorang cikgu viral, Mohd Fadli Salleh dalam akaun Facebook memberi panduan buat mereka yang ingin membantu.

Antara kata-katanya:

Iklan
Iklan

Kawan-kawan. Ini sedikit nasihat jika kalian jumpa kes sebegini.

1. Bantu segera sekadar kemampuan kita. Bagi makanan contohnya.
2. Dapatkan info penuh tentang mereka, nombor telefon dan alamat.
3. Hubungi JKM, Pusat Zakat atau NGO terdekat dan maklumkan ada sasaran yang perlu dibantu.
4. Jangan dedahkan maklumat mereka pada umum. Nombor telefon, alamat, nombor akaun tak perlu dedah.

Tulis cikgu viral itu, rakyat Malaysia memang pemurah belaka dan banyak sumbangan ‘masuk’ untuk membantu mak cik tersebut.

Artikal berkaitan: Kuasa viral warganet bantu wanita ini, sekelip mata masalah kewangan selesai

“Harap-harap mak cik ni dan keluarganya menggunakan sebaik-baiknya kiriman sedekah dan sumbangan orang ramai untuk mengubah kehidupan.

“Aku nasihatkan dia sewa rumah berdekatan sekolah, sekolahkan semula anak. Duit dah ada untuk bayar deposit dan sebagainya. Sebelum ini alasan menetap di bilik kerana tiada duit bayar deposit,” tulisnya.

Cikgu Mohd Fadli turut menerangkan, pihaknya sudah menghubungi pihak berwajib untuk membantu memandangkan mak cik tersebut seorang kelainan upaya iaitu buta pada mata kanan.

“Mak cik ni buta mata kanan, ada kad OKU. Namun tak mohon bantuan tetap bulanan dari JKM. Setelah tular kes ini, dalam masa sehari orang ramai kirim dalam RM63,000. Semalam semak, ada lebih RM70,000.

“Juga lebih kurang RM4,500 dikirim melalui Awanis (gadis yang mula-mula temui mak cik ni yang tulis pasal dia). Aku juga mohon dia cari apa-apa kerja yang boleh mereka lakukan untuk pendapatan,” katanya yang turut menasihatkan mak cik itu jangan meminta sedekah lagi.

Memang tidak dinafikan, selepas kisah mak cik meminta sedekat tersebut, ramai yang tular sehingga bantuan banyak diterima.

Memang bagus sikap sebegini, cuma dinasihatkan supaya lebih berhati-hati pada kemudian hari. Jangan disebabkan kisah ini memberi impak negatif kepada orang lain.

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

7 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

8 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

9 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

10 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

10 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

14 hours ago