‘Kadang-kadang tak mampu beli susu, lampin pakai buang’. Ibu tunggal berusia 21 tahun mohon simpati ramai

KATA Iffah Ruzana Jesni, alangkah indah jika satu-satu cahaya mata beliau dapat memanggilnya dengan panggilan mama.

Sambil terus tersenyum dan tertawa, Adam Aliff Saiful Izzat, 3, juga dapat bermain, berlari dan berkejaran dengan rakan sebayanya.

Walaupun ia hanya satu impian, Iffah Ruzana percaya, keajaiban pasti berlaku walau si anak yang dipanggil Adam menderita penyakit saraf sejak setahun lalu.

Kesan daripada itu, cahaya matanya hanya terlantar lemah tidak bermaya dan perkembangan otak Adam turut lewat berbanding kanak-kanak normal lain.

ibu tunggal anak sakit saraf

Besar kemungkinan juga beliau akan mengalami masalah penglihatan yang dikhuatiri boleh membawa risiko buta.

Ditanya bagaimana keadaan tersebut boleh berlaku, ibu tunggal berusia 21 tahun itu berkata, pada usia Adam mencecah lima bulan, anaknya mengalami demam panas hingga suhu mencecah lebih 39 darjah Celsius.

 

Akibatnya, si comel tersebut kerap diserang sawan tarik.

“Setiap kali Adam diserang sawan, saya sekeluarga memang panik. Saya bawanya ke hospital dan selepas satu persatu ujian dibuat termasuk pengimejan resonans magnetik (MRI), doktor sahkan terdapat gangguan saraf pada bahagian otaknya,“ ceritanya dengan nada sebak.

sakit saraf

Pembantu jualan yang menetap di rumah keluarga di Taman Enggang Indah, Simpang Ampat, Pulau Pinang itu berkata, pelbagai prosedur terpaksa dilalui Adam.

Meskipun hatinya tidak sanggup melihat zuriat kesayangan terpaksa merempuh semua itu pada usia yang sangat muda, beliau terpaksa merelakan.

Baca juga Anak sakit saraf, ibu bergantung dengan satu buah pinggang. Dua beranak ini perlukan bantuan kita

“Mana-mana ibu pasti tak tergamak lihat anak kecil dicucuk jarum sana sini dan dipasang wayar. Begitu juga saya. Perit rasanya melihat tangan Adam kebiruan dan terbaring tak bermaya.

sakit saraf

“Ya, semua itu bersifat sementara demi memulihkannya. Bila Adam sudah stabil dan dibenarkan pulang, tak terucap rasa syukur kepada ALLAH seolah-olah tahu isi hati saya ketika itu,“ ujarnya.

Tidak pasti apa yang tidak kena, penderitaan Adam rupa-rupanya berterusan dan memang sukar untuk dikawal.

Si kecil berkenaan terus diserang sawan lebih tiga kali sehari.

Setiap kali dimaklumkan puteranya diserang kekejangan sehingga badan mengerekot, Iffah Ruzana akan bergegas pulang ke rumah untuk memberi rawatan segera.

“Adam dijaga emak saya sementara saya bekerja. Bila dia dapat sawan, memang emak akan panik dan segera telefon saya untuk balik. Nasib baik majikan faham dan saya akan pulang untuk tenangkan Adam.

sakit saraf

Baca juga Sering jatuh hingga sukar berjalan, kesihatan merosot dalam masa 3 bulan, ibu sayu rupanya Iman alami gangguan saraf

“Selalunya sawan Adam tak lama, paling kurang pun dalam 10 hingga 15 minit. Cuma kalau lebih 30 minit, saya kena bawa ke hospital sebab takut ada komplikasi lain,“ katanya.

Batas kewangan

Selain bergantung kepada ubat antisawan, kanak-kanak lelaki itu perlu mendapatkan rawatan susulan di empat hospital berbeza setiap bulan.

Untuk pemeriksaan genetik, beliau dirujuk ke Hospital Pulau Pinang, manakala untuk ujian mata dan telinga pula perlu ke Hospital Bukit Mertajam.

sakit saraf

Iklan

Bagi rawatan fisioterapi dan cara kerja, Adam mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap.

Untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak dan neurologi, mereka harus ke Hospital Seberang Jaya pula.

ibu tunggal anak sakit saraf

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walau dirinya seperti segan mengaku realiti itu, Iffah Ruzana berkata, dirinya terpaksa merentas liku tersebut dengan penuh kesabaran.

“Ya, kalau yang melihatnya tak mudah, apatah lagi saya yang melaluinya, ditambah saya turut menjaga ibu bapa saya yang semakin berusia.

sakit saraf

“Mungkin ramai tahu, gaji sebagai pembantu jualan kosmetik sederhana, hanya cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin mahal kini.

“Sebab itulah, kadang-kadang saya alami masalah kewangan untuk membeli lampin pakai buang dan susu khas si kecil ini,“ ujarnya.

Itu belum kira kos membawa Adam ke klinik jika jantungnya berdegup laju dan batuk berkahak.

ibu tunggal anak sakit saraf

Iklan

Iffah Ruzana memberitahu SinarPlus, selain bergantung kepada perubatan moden, beliau juga mendapatkan rawatan tradisional dengan harapan cahaya matanya cepat sembuh.

“Pelbagai kaedah saya terpaksa lakukan demi melihat dia sihat. Meski dia sudah boleh meniarap, namun keadaan dia masih perlu dipantau. Sampai sekarang ini pun, saya akan terjaga dua tiga kali setiap malam untuk melihatnya sebab risau dia diserang sawan secara tiba-tiba.

ibu tunggal sakit saraf

“Sebagai ibu, saya berusaha sebaik mungkin walau terpaksa ikat perut sekali pun demi melihat Adam mampu berdiri dan berjalan sendiri satu hari nanti,“ kata Iffah Ruzana penuh berharap.

Kepada orang ramai yang ingin membantu meringankan beban ibu tunggal ini, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank 157223387313 atas nama Iffah Ruzana Binti Jesni.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang