Kagum semangat juara, kanak-kanak kudung kaki Muhammad Aqil dibawa bertemu pakar prostetik

Kagum semangat juara, kanak-kanak kudung kaki Muhammad Aqil dibawa bertemu pakar prostetik

BARU-BARU ini tular kisah Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, berjaya sampai ke garisan penamat dalam perlumbaan 100 meter (m) dengan menggunakan tongkat dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas di Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Jerantut 2023.

Kisah kanak-kanak itu membuatkan ramai kagum melihat semangatnya untuk bergelar juara termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Iklan
Iklan

Dalam perkembangan terbaru, menyanjungi usaha murid 11 tahun itu, Hannah memberi komitmen akan berusaha melakukan yang terbaik di pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membantu Muhammad Aqil, termasuk dalam menyertai lebih banyak aktiviti sukan pada masa akan datang.

Baca juga Wanita kembali memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan, 5 info mengenai Hannah Yeoh 

Kredit foto: FB Hannah Yeoh

 

Malah, menurutnya, KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) telah membuat persiapan untuk bertemu dengan pakar prostetik minggu ini bersama keluarga Muhammad Aqil.

“Saya telah melihat usaha adik Muhammad Aqil menamatkan lariannya. Ini adalah mentaliti seorang juara.

“Tiada alasan untuk tidak bertanding. Tiada alasan untuk tidak bersaing dalam perlumbaannya dan beliau telah membuktikannya dan melakukan yang terbaik dengan keadaannya.

Baca juga ‘Lancar kalah pemberita’, Hannah Yeoh tampil baca berita tunai impian sejak kecil

“Adik Muhammad Aqil mempunyai pemikiran seorang juara. Ini adalah mentaliti yang diperlukan, seperti yang diterapkan dalam inisiatif Road to Gold.

“Saya menghargai usaha dan menyanjungi adik Muhammad Aqil,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muhammad Aqil yang merupakan murid Program Pendidikan Inklusif Penuh (PPI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Lepar Utara 1, Pahang itu kehilangan kaki kirinya akibat jangkitan kuman pada 2015.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Ayuh healing di pulau tercantik bersama insan tersayang, ini 5 destinasi terbaik raikan Hari Ibu

SAMBUTAN Hari Ibu nampaknya semakin meriah apabila banyak promosi menarik dianjurkan bagi meraikan insan tersayang.…

3 hours ago

‘Laki muda tapi matang, untung isteri.’ Harris Alif jaga Intan Ladyana & bayi dalam pantang dipuji ramai

PERKONGSIAN Intan Ladyana mengenai perkembangan bayi keduanya yang baharu lahir mengundang tumpuan ramai. Selain wajah…

3 hours ago

Waze buat hal, pemuda sesat 6 jam di Kedah ditemui menangis kebingungan. Berikut 4 tip cara guna elak laluan ‘merepek’

BARU-baru ini tular di laman sosial pengguna aplikasi navigasi Waze yang terpaksa menempuhi perjalanan sukar…

5 hours ago

1,000 pendaki lalui pengalaman ngeri ‘tersangkut’ kesesakan di ketinggian 1,127 meter

  MOMEN menakutkan yang dialami sekurang-kurangnya 1,000 pendaki apabila terkandas di tebing berketinggian 1,127 meter…

5 hours ago

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

14 hours ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

16 hours ago