MEMBESARKAN dan mendidik anak bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak dugaan yang perlu dihadapi.

Tambahan pula jika ibu bapa diuji dengan anugerah ILAHI mendapat anak istimewa. Tentulah lebih besar cabarannya.

Ironinya, mereka yang dikurniakan anak normal juga kadang ‘tergugat iman’ dalam menghadapi karenah si anak. Ada yang hilang sabar, mengeluh dan tak kurang hingga ke tahap rasa lelah serta ‘down’.

Ya, setiap orang ada cabaran dan penerimaan masing-masing terhadap situasi yang dihadapinya. Tiada insan yang sempurna

Apa pun, jika ibu bapa berganding bahu dan bijak menghadapi situasi, tidak mustahil semua cabaran itu dapat diatasi. Pun begitu bagaimana?

Perkongsian Pegawai Perubatan Bahagian Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Dr Ahmad Luqman Bukhari ini antara kisah buat para ibu bapa yang boleh diambil iktibar.

Tiap kali jumpa pesakit cilik yang mengalami kelumpuhan otak (cerebral palsy), fikiran saya mesti akan teringatkan seorang anak istimewa yang bernama Fajar Abdulrokhim Wahyudiono ni.

Sampai sekarang saya tak habis habis lagi kagum dengan mak ayah dia.

Fajar ni kalau korang nak tahu, masa mak dia lahirkan tak cukup bulan (premature) sebenarnya. Berat dia masa tu pun cuma 1.6kg. Kecil sangat.

20 hari jugaklah kena tahan dekat Neonatal Intensive Care Unit (NICU) sebelum dibenarkan keluar.

Waktu dia berusia setahun, doktor baru dapat diagnose rupanya Fajar ni menderita cerebral palsy. Sebelah kanan tubuhnya lemah, cuma anggota sebelah kiri je yang boleh berfungsi. Perkembangan otaknya terbantut.

Walaupun Fajar tak sama macam kanak kanak normal yang lain, tapi yang hebatnya mak ayah dia sikit pun tak berkecil hati dengan Tuhan.

Anak istimewa tu dibesarkan sehabis baik hinggakan pada umur baru je 4 tahun, Fajar dah mampu menghafal hampir keseluruhan al-Quran!,” katanya.

Serius hebat! 

Cerita Dr Ahmad Luqman, rupanya bila dikorek rahsia daripada ayah Fajar, Joko Wahyudiono, ada amalan yang dilakukan mereka suami isteri hinggakan anak yang kondisinya ‘abnormal’ tu dapat mencapai kecemerlangan tahap tinggi yang jarang kanak-kanak normal lain dapat buat.

Mak ayahnya betul-betul yakin pada al-Quran tu ada penawar yang menyembuhkan.

Jadi sejak usia bayi lagi, ayahnya setiap hari akan bacakan dan perdengarkan setengah juzuk pada waktu pagi dan setengah juzuk lagi pada waktu petang.

Paling menakjubkan rupa-rupanya amalan tu dah bermula masa Fajar ditahan kat ICU lagi. Tiap kali ayahnya datang untuk hantarkan susu, dia akan kirimkan sekali kaset untuk staff nurse kat situ mainkan untuk baby bertuah tu.

Dan bila dekat rumah pun sama. Mak ayahnya cerewet betul dalam bab apa yang boleh diperdengarkan untuk anak tu.

Mak dia, Puan Heni, siap cakap macam ni lagi,

“‘Anak kecil mesti selalu kena dengar benda-benda baik dan semua yang dari al-Quran dah tentu paling bagus’,” kongsinya di Facebook nya.

Tambah Dr Ahmad Luqman lagi, pasangan itu sentiasa mainkan rakaman ayat al-Quran dan dalam masa sama mereka pilih untuk tak letakkan TV atau mainkan muzik lain di rumah.

Iklan

Akhirnya pada umur 3 tahun anak yang diuji dengan cerebral palsy tu barulah mula dapat bersuara. Lambat sangat compare dengan anak orang lain.

Namun demikian, yang ajaibnya, ayat pertama yang keluar dari mulutnya ialah potongan dari ayat suci al-Quran.

Subhanallah….

Katanya lagi, sekarang ni diberitakan yang kesihatan Fajar dah makin baik. Fungsi motor dan skill kognitif dia pun meningkat. Siap boleh belajar elok dekat sekolah.

Saya rasa kisah insan istimewa yang seorang ni patut sangat jadi inspirasi untuk kita semua. Mana mak ayah yang Tuhan hadiahkan anak istimewa, jangan pernah putus asa. Teruskan bersabar dan berilah didikan terbaik untuk si kecil tu.

Iklan

Kita semua kena yakin, kalau anak yang diberi ujian sebegitu besar pun boleh berjaya, apatah lagi anak-anak kita yang memiliki fungsi badan yang sempurna.

Mari usaha jadi mak ayah yang hebat kawan-kawan. Tuhan dah kurniakan kita anugerah anak yang paling bernilai. Tinggal lagi kita saja yang kena pilih arah mana kita nak corakkan ‘kain putih’ yang Tuhan hadiahkan pada kita tu,” katanya.

Dr Ahmad Luqman turut berharap kisah keluarga hebat ni dapat dikongsikan dengan mak ayah yang lain jugak ye. Kita harap semua parent dapat terus kuat demi anak kesayangan kita tu.

Ibu bapa jangan cepat putus asa ya… DIA kan ada? -AG #JanganPutusAsaMalaysia