SUDAH acap kali disemai dalam fikiran kita oleh pakar motivasi dan golongan berjaya bahawa minda yang hanya fokus kepada kebaikan dan ‘benda’ yang positif sahaja amat membantu kita menjalani kehidupan dengan baik.

Mengapa ia sangat diperlukan oleh seseorang manusia dan bagaimana cara untuk berdepan dengan golongan sebaliknya?

Itulah yang dikongsikan seseorang jurutera bernama Ir Zainuddin Omar yang mempunyai lebih 21k followers di Facebook.

Satu study di US dari sebuah badan perubatan mengatakan mereka yang hidup bersama orang toksik akan menyebabkan penyakit jantung, diabetes dan masalah metabolism.

Ini berkemungkinan kerana anda akan sentiasa berada dalam keadaan stres sepanjang masa.

Manusia menjadi toksik bukan kerana ‘nature’ tetapi ‘nurture’.

Perangai toksik bukan disebabkan mereka dilahirkan sebegitu tetapi kerana pengalaman lampau terutama dari ‘dysfunctional family’ yang tidak mengajar bagaimana emosi mereka perlu dikawal secara sihat,” tulisnya di Facebook.

Bagaimana? Agak membuka mata kita kan? Sampai boleh terkena penyakit pulak..

Menurutnya, beliau sendiri ‘cross path’ dengan ramai orang toksik samada mereka bos atau rakan sekerja sepanjang zaman bekerja.

Apakan ciri orang toksik yang perlu kita tahu? Ini kongsi Ir Zainuddin:

1. Mereka ‘judgemental’ (suka menghukum).

Mesti pernah temui orang yang suka ‘judge’ anda. Ada sahaja yang tak kena, beliau sentiasa mengeluarkan kata kata untuk menjatuhkan semangat anda.

“Bertahun kerja takkan masih gaji ciput lagi?”

“Ko bila nak kawen, orang lain dah beranak cucu”.

“Pakaian ko tak matching, tak trendy langsung?”

“Apasal buang duit asyik travel, duit tu boleh buat renovasi rumah”.

“Kenapa pakai kereta buruk, takde duit nak beli kereta baru?”

“Tak rasa sempit duduk rumah teres, belilah banglo”.

“Buat apa simpan duit, kalau mati orang lain yang joli”.

“Kenapa nak jaga kesihatan, nanti mati juga”.

Berapa kali anda dengar telahan begini dalam kehidupan harian daripada kenalan?

Tujuan mereka bukan untuk membantu menaikkan semangat anda, tetapi lebih kepada ‘putting you down” atau perlekehkan anda.

Ujarnya, orang toksik asyik komplen tak habis-habis menghukum orang lain dan berharap anda bersetuju dengan pendapat mereka dan masuk ‘lubang kesipuan’ bersama-sama.

Hidup mereka hanya tahu perlekehkan atau belittle orang lain sahaja.

Begitulah perangai seorang kenalan saya yang suka perlekehkan orang lain. Setiap kali berjumpa beliau saya akan berasa stress kerana bertalu-talu ditembak dengan kata-kata yang menjatuhkan semangat.

Apabila saya membuat keputusan untuk ‘avoid’ beliau langsung, terasa seperti satu batu bongkah diangkat dari bahu saya,” kongsi beliau yang juga seorang yang gemar mengembara ini.

2. Suka kritik orang lain (criticism)

Pada orang toksik, dia sahaja yang betul dan suka kritik orang lain.

Hanya pilihan mereka sahaja yang betul, dan pilihan orang lain semuanya salah.

Jika anda mempunyai rakan yang tak berhenti kritik anda, lambat laun anda akan percaya apa yang beliau katakan.

Anda akan menjadi orang yang tidak bersemangat dengan ‘low self esteem’.

Kritikan yang membina tiada masalah. Anda sendiri akan tahu samada ia diberikan dengan niat yang bersih untuk membantu anda.

Memang fedup apabila berjumpa dengan mereka yang asyik kritik orang lain kerana tiada yang positif dari mulut beliau.

3. Negativity

Orang toksik tidak enjoy life kerana semuanya negatif dan tidak mendapat manfaat.

Jika anda cuba diet, mereka akan kata anda nampak seperti orang sakit, walhal orang toksik tersebut obese.

Jika anda ingin berkembara, orang toksik akan kata tempat kembara tak selamat dan membahayakan diri walhal beliau tidak pernah berkembara.

Iklan

Jika anda ingin belajar menceburi alam perniagaan, orang toksik akan menceritakan kisah mereka yang gagal dalam perniagaan, walhal beliau sendiri tidak pernah berniaga.

Jika anda ingin riadah, orang toksik akan menakutkan anda dengan cerita mereka yang mati mengejut semasa sedang exercise, walhal beliau sendiri tidak mengamalkan hidup sihat.

Ramai orang toksik sebegini yang sentiasa menyembur ayat negatif kepada anda.

Anda perlu mengawal diri dengan membina sempadan diri (self boundary) apabila berdepan dengan orang toksik yang negatif.

Apabila mereka cuba memasuki sempadan anda, maka beredarlah dengan segera.

3. Mereka ‘habitual sarcastic’.

Sedikit sarcasm dalam kehidupan akan meriahkan kehidupan. Akan tetapi jika terlalu banyak, sarcasm akan menyebabkan rakan berkecil hati.

Orang toksik berkomunikasi secara sarkastik tanpa menghirau perasan rakan yang dikenakan sarcasm.

Saya pernah mempunyai seorang bos yang kuat menyindir sehingga menjadi satu senjata beliau pada orang lain.

“Pernah beliau diajak bertumbuk oleh seorang staf yang tidak tahan dengan sindiran beliau setiap hari,” katanya.

Iklan

Menurutnya, adalah lebih baik menyatakan hasrat secara terus terang daripada menyindir kerana kemungkinan orang yang disindir tidak faham maksud yang perlu disampaikan.

Amma ba’du…..

• Semak diri kita samada kita mempunyai ciri orang toksik. Jika ada, usahakan untuk memperbaiki diri.

Apakah tanda anda seorang toksik?

Anda akan perasan rakan taulan mula menjauhkan diri dari anda secara perlahan seorang demi seorang.

• How to handle toxic people?

Steer clear from them (jauhkan diri anda dari mereka).

Allahua’lam.

Adakah kehidupan uols dikelilingi orang ‘bertoksik’ atau diri anda sendiri merupakan ‘racun berbahaya’?

Harapan SinarPlus agak kita dapat memperbaiki diri.
-AG #JanganPutusAsaMalaysia

Sumber & foto: FB Zainuddin Omar