Kluster baru menjengkelkan, kluster tabligh jauh lebih bagus – Dr Mohd Afiq

Kluster baru menjengkelkan, kluster tabligh jauh lebih bagus – Dr Mohd Afiq
April 9, 2020
Faizul Hakimi

PETUGAS kesihatan kini merupakan barisan hadapan dan tulang belakang negara dalam memerangi wabak Covid-19. Tidak keterlaluan rasanya jika mereka dianggap sebagai hero negara orang masyarakat.

Namun, tidak dapat dinafikan, ketika kita semua dikehendaki ‘berkurung’ sepanjang tempoh PKP, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah pesakit yang terpaksa dirawat.

Salah seorang wira negara, Dr Mohd Afiq meluahkan rasa kerinduan kepada pesakit Covid-19 daripada kluster tabligh yang dikatakan sangat baik dan merendah diri.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Mohd Afiq menerusi laman Facebook miliknya yang kini mendapat perhatian dan reaksi orang ramai.

Menurut Mohd Afiq, kluster tabligh sangat mudah untuk dirawat. Setiap masa melafazkan zikir dan membaca al-Quran.

Namun, sebahagian kelompok pesakit terbaru yang ‘menghuni’ wad itu disifatkan lebih kepada merawat sifat pentingkan diri daripada merawat penyakit itu sendiri.

“Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Dia orang ini semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat dia orang ini walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.

“Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-Quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka.

“Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut.

SH: Acah-acah jadi mangsa penyakit Covid

“Itulah kluster tabligh. Walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.

“Kini datang satu kluster baru. Saya panggil kluster jengkel.

“Kadang-kadang terasa macam kita ini lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu.

“Dan minta maaf cakap. Kluster ini lebih banyak demand.

“Nak buat macam mana. Kena hadap juga la untuk berapa bulan pula yang mendatang. Kita ini pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko.

“Dia orang ini pula datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua. Rindu geng tabligh,” tulisnya.

Sumber: Facebook Mohd Afiq

About Faizul Hakimi