KREATIF! Itulah yang boleh digambarkan terhadap seorang pengusaha kedai gunting rambut di Indonesia.

Herman Maulanasyah yang berasal dari wilayah Bagor, Jawa Barat berjaya menarik perhatian orang ramai apabila berjaya mengubah suai sut pakaian perlindungan peribadi (PPE) dengan ideanya tersendiri.

Beliau juga mengambil inisiatif menggunakan penutup mata dan kepala yang telah diubah suai.

Jadi, dengan pendekatan tersebut ia dilihat sebagai salah satu usaha untuk meyakinkan pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatannya.

Menarik bukan?

Menurut portal Indo Zone, lelaki yang berusia 40 tahun tersebut direka khas dengan menggunakan plastik bagi melindungi dirinya dan pelanggan daripada wabak Covid-19 yang membimbangkan kini.

Difahamkan, beliau terpaksa meneruskan operasi perkhidmatan menggunting rambut demi menyara keluarganya.

Iklan

Lebih menarik, ia juga sebagai satu penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang sedang ‘berperang’ melawan wabak berkenaan.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyifatkan perkhidmatan gunting rambut tersebut antara salah satu perkhidmatan yang berisiko tinggi dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menyarankan agar operasi perkhidmatan tersebut ditangguhkan dahulu.

Ada yang memerlukan perkhidmatan tersebut malah ada juga sebaliknya kerana ia boleh dilakukan sendiri di rumah dengan sedikit kemahiran asas.

Iklan

Melihat isu hangat itu, Sinar Plus turut membuat undian poll di laman Twitter semalam dan mendapati hampir 75 peratus pengikut menyatakan mereka tidak memerlukannya.

Sumber: Indo Zone dan Kompas