Kreativiti ayah ini guna alas pinggan sebagai aksesori, bantu anak raih tempat kedua pakaian beragam dipuji ramai

IDEA kreatif si ayah menggunakan alas pinggan sebagai aksesori tambahan pada busana membolehkan anaknya meraih kejayaan dalam satu pertandingan pakaian beragam baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Nurassikin Azman atau Ekin Azman yang juga isteri kepada Zahari Zainuddin mencuri tumpuan ramai.

Baca ni ‘Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.’ Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya ‘tawan’ puncak KLCC

Rata-rata warga maya memuji kreativiti dan idea bernas lelaki berkenaan.

Biarpun muncul sebagai pemenang tempat kedua, namun pakaian yang digayakan si kecil bernama Nur Annasya Adreena (Nasya) sangat cantik, unik dan berseni.

Iklan
Iklan

Hasil kemenangan tersebut membolehkan Nasya yang berusia lima tahun itu membawa pulang wang tunai bernilai RM300 dan sijil penghargaan.

SinarPlus berpeluang menemu bual Ekin bagi berkongsi cerita mengenai kemenangan tersebut.

Baca lagi Tidak suka digelar seksi, Markovic pemain bola sepak tercantik di dunia, pilih sukan berbanding jadi model

Ekin berkata, tema untuk pertandingan berkenaan untuk budak perempuan dan lelaki berbeza-beza.

Bagi perempuan diminta menggayakan stail Walinongsari, sementara untuk peserta lelaki  pula ialah Mat Kilau.

“Suami saya ada membuat pencarian dalam media sosial bagi mendapatkan idea bagi menghasilkan kelainan pada busana anak kami.

“Dari situ, beliau mendapat idea menjadikan alas pinggan yang dibeli di kedai Eco sebagai aksesori di bahagian atas bahu busana anak kami. Apabila siap, nampak sesuai dan sepadan dengan busana berkenaan,” ujar Ekin.

Bagi menjimatkan kos, pasangan suami isteri itu sepakat untuk menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah sahaja.

“Sebagai contohnya, samping yang dipakai anak saya menggunakan kain ayahnya. Begitu juga dengan tudung. Hanya pakaian sahaja kami upah tukang jahit,” kongsinya lagi.

Ekin turut memberitahu, suaminya mengambil masa lebih kurang dua minggu, bermula dengan mencari idea sehingga berjaya suai padan busana tersebut dengan tema yang dipilih.

Ibu kepada dua cahaya mata tersebut turut mengakui, pertandingan yang dianjurkan bagi peringkat negeri Pahang adalah penyertaan kali kedua anaknya.

Sebelum itu, Nasya pernah memasuki pertandingan peringkat sekolah (tadika) sempena hari kemerdekaan.

Untung kan si kecil itu dapat mak ayah yang kreatif dan pandai berjimat cermat pula tu. Mesti Nasya gembira dan tak sabar nak sertai pertandingan seterusnya.

Baca ni ‘Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.’ Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

1 hour ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

2 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

3 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

5 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

7 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

9 hours ago