BANGGANYA bila pelumba Malaysia, Nazim Azman memenangi perlumbaan pertamanya dalam Euroformula Open di Austria.

Nazim yang mewakili pasukan CryptoTower Racing menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam dalam perlumbaan pertama yang berlangsung pada tengah hari dan kemudian memenangi perlumbaan kedua pada sebelah petang selepas mencatat masa 34 minit 0.256 saat.

Pelumba negara negara itu dalam aksinya di litar Red Bull Ring mendahului Cem Bolukbasi dari pasukan Van Amersfoort Racing dan Louis Foster dari Great Britain di tempat ketiga.

Baca juga Azizulhasni Kini Bergelar Datuk. 5 Fakta Menarik The Pocket Rocketman

“Sememangnya ia adalah permulaan yang baik. Ia amat mencabar dan Cem amat pantas. Saya fikir perkara utama ialah tidak melakukan sebarang kesilapan, ia berbaloi.

“Foster juga menghadapi persaingan sengit dengan Cameron (Cameron Das daripada pasukan Motopark). Jadi tinggal hanya saya dan Cem berdua untuk tempat pertama. Secara keseluruhan saya gembira dengan keputusan ini,” kata Nazim.

Nazim yang bertanding di Formula 4 Asia Tenggara pada 2016-2017, mencatat dua kemenangan dalam perjalanan untuk menduduki tempat ke-11 keseluruhan dalam musim Formula 3 Britain yang baru menjadi juara tahun lalu.

Iklan

Baca juga Suami Isteri Genggam PhD Usia 26 Tahun, Berkahwin Dan Ada Anak Bukan Penghalang

Pelumba berusia 20 tahun itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di laman Twitter rasminya.

“Nazim Azman daripada Team Crypto Tower merebut kemenangan siri pertamanya di perlumbaan EuroFormula di Red Bull Ring, Austria. Tahniah!! #malaysiaberbangga,” katanya.

Iklan

Bangganya apabila anak Malaysia berjaya di peringkat antarabangsa. Semoga kejayaan beliau menjadi motivasi dan inspirasi buat generasi muda.

Sumber: Bernama