DALAM usaha untuk memberi sokongan nutrisi kepada komuniti yang terjejas dan berpendapatan rendah, Nestle EVERYDAY bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project) bagi mengedarkan lebih 20,000 pek Bekalan Nutrisi kepada keluarga B40 baru-baru ini.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Bekalan Nutrisi Nestle EVERYDAY yang bertujuan mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan pengambilan nutrisi yang baik untuk penjagaan kesihatan pada saat berdepan dengan pelbagai cabaran pandemik Covid-19.

Setiap pek dilengkapi dengan susu tepung Nestle EVERYDAY dan NESTUM All Family Cereal yang dapat membekalkan vitamin dan mineral penting bagi menyokong pertumbuhan kanak-kanak dan kesejahteraan keluarga.

Mengulas lanjut, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Milks Business Unit, Nestle (Malaysia) Berhad, Lam Pui Yuee berkata, cabaran kewangan dan gaya hidup yang tidak aktif sepanjang tempoh pandemik menyebabkan kebanyakan ahli keluarga dan kanak-kanak terabai dari segi pemakanan yang sihat dan seimbang.

“Harapan kami agar dapat meningkatkan kesedaran dan membawa perubahan yang berkesan,dalam meningkatkan pengambilan nutrisi terutamanya di kalangan komuniti rentan,” katanya.

Pengasas Empire Project, Mohd Ashraff Khan pula berkata, bilangan mereka yang memerlukan bantuan makanan telah meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding tahun lalu.

“Saya berharap agar lebih ramai individu dan organisasi tampil bersama demi kepentingan negara Malaysia dan terus saling bantu membantu,” gesa Ashraff.

Sementara itu, salah seorang penerima Suria Jamaludin dari PPR Desa Rejang berkata, lebih daripada 2,000 isi rumah di kawasannya amat memerlukan sumbangan makanan dan tidak mendapat keperluan nutrisi dan zat makanan yang mencukupi kerana kurang berkemampuan.

Iklan

Justeru, kami amat beruntung dan bersyukur kerana pek Bekalan Nutrisi ini dapat memberikan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat dan aktif,” katanya.

Abdul Razak Mamut dari PPR Ayer Panas berkongsi cerita bahawa sebilangan keluarga di PPRnya terpaksa memilih di antara membayar bil isi rumah atau membeli makanan.

“Kami bersyukur dengan sumbangan ikhlas daripada pihak Nestle EVERYDAY bagi penduduk PPR Ayer Panas.

Iklan

Dalam pada itu, Nestle juga bekerjasama dengan ElewsMart untuk memudahkan rakyat Malaysia menyumbang ke arah kebajikan.

Dengan pembelian minimum sebanyak RM15 dan ke atas bagi mana-mana produk susu Nestle iaitu NESTLE EVERYDAY, NESTLE OMEGA PLUS, NESPRAY dan NESTUM di cawangan ElewsMart di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur, pelanggan akan menerima satu pek Bekalan Nutrisi (sementara stok masih ada) yang boleh juga didermakan kepada pihak ElewsMart untuk tujuan pengagihan bank makanan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Bekalan Nutrisi, sila layari https://www.dearnestle.com.my/milks-bekalan-nutrisi.