MUDAH untuk mengatakan kita sayang ibu dan ayah. Adakah dengan ungkapan sahaja sudah cukup menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka?

Semua tahu syurga itu di bawah tapak kaki ibu namun sejauh manakah kita menjaga syurga kita dalam hidup kita?

Seperti seorang jejaka ini yang sanggup membelanjakan sehingga RM25,000 untuk mengubah suai rumah ibunya di kampung. Baiknya kamu si anak!

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter @MohdAsriDungun, mendedahkan projek ubah suai dibuat untuk memudahkan lagi urusan ibunya.

Tulisnya;

“Selepas ini, ibu sudah boleh mengambil air wuduk di biliknya sendiri.”

Selain itu, dia turut memohon doa daripada orang ramai supaya rezekinya dilimpahkan dan dapat membeli kereta untuk kegunaan sendiri pula.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Siapa antara kita yang senang, kita tolong antara kita yang susah’- Warganet sebak, tak tertahan air mata

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan jejaka itu mendahulukan ibu bapa daripada kehendak diri sendiri.

Iklan

Kata mereka, pelaburan untuk ibu sangat bijak tuan! bukan setakat kereta, harta dunia lain pun insyaAllah tuan dapat.

InshaAllah berbakti kepada orang tua rezeki lain dapat nanti…all the best

Alhamdulillah. teruskan bro usaha untuk mudahkan orang tua insyaAllah mudah dunia akhirat

Iklan

Sejuk perut mak hang mengandung kan hang. Anak-anak yang taat mak bapak ni hidup dirahmati Allah selalu.

Moga makin luas rezeki dapat beli kereta..minta doa ibu, paling power

Wahai anak muda, moga ini dapat memberi anda inspirasi. Utamakan keluarga dalam apa jua keadaan.