“Maafkan saya” – Isu baju kurung pereka fesyen cetus amarah

BAJU kurung merupakan pakaian tradisional bagi masyarakat Melayu di wilayah Nusantara yang terdiri daripada negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.

Martabatnya juga telah diangkat dengan menjadi pakaian rasmi bagi penduduk terutamanya negara kita di mana ianya sesuai digayakan bagi segenap masyarakat tidak kira usia, bangsa dan agama.

Terdapat beberapa variasi baju kurung tradisional seperti Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kurung Cekak Musang, Baju Kurung Kedah, Baju Kurung Melaka dan Baju Kurung Pahang.

Iklan
Iklan

Kebiasaannya ia menjadi pilihan utama bagi majlis-majlis keraian seperti perayaan, perkahwinan dan pertunangan, upacara keagamaan serta acara rasmi.

Malah baju kurung juga turut menjadi sebuah warisan negara.

Tidak hairanlah baru-baru ini panas di laman sosial apabila pengasas jenama Nala Designs, Lisette Scheers dikecam hebat oleh warganet apabila dia mendakwa busana yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia itu sudah dilupakan.

Dalam wawancara wanita itu bersama portal South China Morning Post, Scheers berkata, dia mengimpikan busana Baju kurung untuk kembali dan berharap agar orang Melayu akan kembali berpakaian cantik seperti dahulu serta berbangga dengan warisan negara ini.

Difahamkan juga, Scheers telah membesar di sini dan mengatakan Malaysia penuh dengan fabrik yang cantik dan berwarna-warni.

Oleh itu katanya, beliau kini sedang berusaha agar warisan negara ini tidak ditelan zaman.

Namun, apa yang diperkatakan Scheers itu telah mengundang amarah dan kecewa anak Malaysia seakan-akan memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia tidak lagi menghargai baju kebangsaan tersebut.

Selain menjadi perhatian warganet, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut tampil memberi respon terhadap isu tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Instagram @airtangan_tunkuazizah, Tunku Azizah bertitah mengakui suka memakai baju kurung setiap hari. Baginda juga sangat bangga memakai pakaian tradisional masyarakat kita.

“Saya memang pakai baju kurung setiap hari… Baju Kurung Johor… and i am proud of my baju kurung jahit tangan. Baju Kurung Teluk Belanga. Yes i totally agree, be traditional and proud of it!” tulis baginda.

Rata-rata warganet menyokong kenyataan baginda yang menyifatkan apa yang diperkatakan Tunku Azizah sangat benar.

sukabaked – Me too i just love baju kurung tradisi kita daripada baju kurung modern.

sechaaa_ – Saya pun suka pakai baju kurung ke pejabat. Lagi selasa dan ayu hiks!

super_ainatics – Harap Tuanku dapat isytiharkan hari baju kurung/melayu/tradisional sehari dalam seminggu. Ampun Tuanku.

hefnysahad – siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat.

hassanzailina – Betul Tuanku sangat selesa.

Baca juga “Aku baling senduk baru tau” Khairul Aming bengang ramai scammer jual Sambal Nyet!

Walau bagaimanapun, pereka fesyen tersebut sudah tampil membuat permohonan maaf melalui Instagramnya dan akui kenyataannya memberikan kefahaman berbeza untuk semua.

Malah dia turut akui cintakan Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai sumber inspirasinya.

Namun hasil pemerhatian di ruangan komen, warganet seolah tidak menerima permohonan maafnya itu dan meninggalkan pelbagai reaksi.

Share
Faezah Muda

 

Recent Posts

Terlantar sejak kecil akibat tersedak susu, ibu mohon bantuan kerusi khas untuk anak OKU

SETIAP kali Ramadan menjelma, jiwa Nur Zulaikha Mohamat Zapiru pasti bersedih. Mana tidaknya, perasaannya luluh…

17 hours ago

Fungsi sistem pencernaan terganggu. Pakar ini kongsi penyakit sering timbul ketika puasa

SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, umat Islam yang berpuasa akan mengalami perubahan dalam waktu makan.…

1 day ago

‘What goes around, comes around…’ Rita Rudaini ingatkan kisah bekas isteri Safee Sali, jangan buat-buat lupa

KEMELUT hubungan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan bekas isteri, Fitria Elfina Maharip…

1 day ago

‘Hari-hari tanya homework, siapa datang sekolah sebenarnya?’ Luahan guru tular, warganet setuju jangan manjakan anak

GRUP WhatsApp kelas sangat membantu ibu bapa dan para guru. Paling efektif digunakan ketika pandemik…

1 day ago

Siti Nurhaliza bantu ringankan beban pengamal media. ‘Anggap seperti keluarga sendiri, saya rasa terhutang budi’

PRIHATIN dan peka dengan nasib sesetengah pengamal media yang kurang bernasib baik, Datuk Seri Siti…

1 day ago

Ramadan kali ini unik, sibuk promosi jenama wangian sendiri, hari raya masa untuk berehat bersama keluarga – Fazley Yaakob

  "TAHUN ini Ramadan unik kerana buat pertama kali saya menolak beberapa tawaran untuk berada…

1 day ago