Manis bertudung bawal, penampilan anggun Tengku Permaisuri Selangor selepas tunai haji jadi tumpuan warganet

PENAMPILAN anggun Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin manis bertudung bawal selepas berangkat pulang daripada menunaikan ibadah haji menjadi perhatian ramai.

Berangkat pulang ke tanah air pada 4 Julai lalu, baginda mula dilihat menggayakan tudung dalam menghadiri acara-acara rasmi.

Baca juga: 9 kerabat, selebriti tunai ibadah haji, kongsi momen sayu sebelum berangkat

Memilih tudung bawal berona pastel sebagai pelengkap gaya, baginda tampak elegan dan menawan.

Pada 8 Jun lalu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berangkat ke Majlis Perasmian Program Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Baca juga: Fazura berbesar hati Permaisuri Selangor pakai tudung jenamanya RM27, warganet mula cari buat koleksi

Iklan
Iklan

Program tersebut melibatkan 1,000 peserta terdiri daripada ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di seluruh negara.

Baca juga: Cantik persis ibu, warganet teruja kejelitaan anak Permaisuri Selangor, 22 tahun raih sarjana universiti ternama UK

Baginda yang merangkap Penaung Diraja PPPM Cawangan Selangor mengiringi keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga Penaung Diraja PPPM.

Manakala pada 10 Jun pula, baginda berangkat ke Majlis Hi-Tea Persatuan Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Bakajasa) dan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 20 orang ahli.

Penampilan anggun baginda yang juga merupakan Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA menjadi perhatian warga maya.

Netizen meluahkan perasaan gembira melihat baginda dengan penampilan baharu.

Baca juga: Baru berangkat pulang dari haji, Elizad terharu Raja Permaisuri Agong gosok perut, doakan rezeki hamil

 

– “Masya-ALLAH cantiknya permaisuri kami.”

– “Masya-ALLAH, Tuanku berseri-seri selepas pulang dari menunaikan haji.”

– “Kesempurnaan ibadah haji Tengku Permaisuri Selangor suami isteri berkualiti dan terbaik. Buktinya cahaya wajah dan keceriaan Tuanku terserlah.”

– “Subhanallah cantiknya Tengku Permaisuri saya.”

– “Alhamdulillah, cantik dan manis. Sejuk mata memandang.”

 

Pemimpin negeri yang disegani dan berjiwa rakyat, Tengku Permaisuri Selangor menjadi kesayangan rakyat jelata.

Bersama ini SinarPlus kongsikan lima info menarik berkaitan baginda:

1. Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin Abdul Rahman yang diputerakan pada 4 Jun 1971 merupakan Tengku Permaisuri kepada negeri Selangor Darul Ehsan dan permaisuri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj iaitu Sultan Selangor yang ke-9.

2. Baginda merupakan seorang bekas pembaca berita kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pramugari Malaysia Airlines (MAS).

3. Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berasal daripada Shah Alam, merupakan isteri kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj setelah diijabkabulkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Selangor, Sahibus Samahah Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

4. Datin Paduka Seri Norashikin telah dimasyhurkan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Tengku Permaisuri Selangor pada 8 September 2016, iaitu kira-kira seminggu selepas baginda berdua bernikah dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.

5. Baginda dikurniakan dua cahaya mata, Nur Amanda dan Adam Salleh daripada perkahwinanya yang terdahulu.

Baca juga: Tak sampai 48 jam tular motor dicuri, Permaisuri Selangor belikan gadis ini motosikal baharu

Sumber: Facebook Selangor Royal Office

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
Azma ML

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

47 mins ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

2 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

6 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

8 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

12 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

13 hours ago