‘Manjanya’, gelagat suami balik kerja minta isteri dukung buat ramai tersenyum

RUMAH tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan yang berkahwin.

Setiap suami isteri mendambakan rumah tangga yang dipenuhi dengan kasih sayang, rasa hormat dan penuh tolak ansur. Tiada pasangan yang mengimpikan sebaliknya.

Begitulah kehidupan suami isteri, hubungan mana yang tak dilanda badai, lagi-lagi bila dah serumah.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan? Penting sebenarnya untuk pasangan suami isteri mencari dan kekalkan kebahagian serta keharmonian setiap masa.

Seperti satu kisah yang tular baru-baru ini di mana gelagat suami yang manja ketika pulang daripada kerja mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita di TikToknya @nashika95, dia berkongsi rakaman ketika menanti kepulangan suaminya di rumah.

Pun begitu, suaminya tetap tersenyum walaupun penat seharian bekerja dan terus mendakap isteri serta memanjat tubuh permaisuri kesayangan itu.

Isterinya yang mendukung suami bagaimana pun berjalan ke arah kamera sebelum menyedarkan si suami bahawa gelagat comelnya itu dirakam.

Dengan malu-malu suaminya terus turun sambil senyum tersipu.

“Bahagia dengan cara sendiri… hahaha gini la suami selalu balik kerja… penat ke tak penat ke gini la dia.”

Baca juga ‘Curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan’, pesanan Dr Fadzilah Kamsah buat suami isteri

Foto fail

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat telatah suami isteri itu.

Malah ada yang menyifatkan perkara sebegitulah yang akan menambahkan lagi kemanisan dalam rumah tangga.

Bukan itu sahaja, ada juga yang cemburu melihat kemesraan berkenaan akibat diri masih solo.

Iklan

Ujar mereka;

“Manjanya… moga berbahagia bersama sampai hujung nyawa.”

“Tengok video sambil tersenyum… terasa aura bahagia sampai ke sini.. semoga kekal bahagia sampai Syurga ya.”

Baca juga Jangan tak percaya, kahwin lelaki berusia lebih romantik, penyayang

Iklan

“Happynya. Terima kasih sebab bahagiakan isteri dan buat dia tersenyum.”

“Bila dah penat kerja, balik rumah dapat peluk terus hilang semua penat tu.”

“Bahagia selalu sis… seronok tengok bila suami balik kerja macam ni. Ada sesetengah suami ni, kalau balik kerja terus bad mood.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.