SEPERTI ramai sedia maklum, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di beberapa buah negeri, ini telah membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Kelab Permotoran seperti Rearpear Moto Club Malaysia (RMC) nampaknya turut tidak melepaskan peluang menjayakan misi bantuan terhadap golongan yang terjejas disebabkan penularan jangkitan wabak Covid-19.

Baru-baru ini ahli kelab itu telah ke Pertumbuhan Kebajikan Anak Anak Yatim Dan Asnaf Qaseh Ibu, Ampang, Kuala Lumpur.

Pengasas RMC, Azahar Ngah berkata, menerusi misi bantuan itu kesemua peserta terlibat membantu mengagihkan barang keperluan harian termasuk makanan.

Mat Motor bagi sumbangan raya untuk anak yatim

“Setiap tahun sejak penubuhan RMC akan cuba sehabis baik untuk mengadakan aktiviti – aktiviti CSR.

“Dan bersempena dengan bulan Ramadan, Reappear MC sekali lagi terpanggil untuk mengimarahkan anak-anak yang kurang bernasib baik di sini iaitu seramai 60 orang yang berusia antara dua bulan hingga 17 tahun,” katanya.

Menurut Azahar, barangan yang diserahkan merupakan barang-barang yang memang amat diperlukan di rumah seperti keperluan asas barangan dapur, bahan mentah dan juga keperluan pembersihan.

Masih menghormati PKPB, hanya 10 orang sahaja ahli RMC yang turut serta dalam acara penyerahan sumbangan walaupun yang ingin turut serta lebih ramai.

Iklan

Turut tidak dilupakan, setiap ahli juga perlu mengikut sepenuhnya garis panduan yang ditetapkan kerajaan dengan menggunakan mask dan menjaga penjarakan sosial.

Mat Motor bagi sumbangan raya untuk anak yatim

Tambah Azahar, jika ingin diceritakan mengenai cabaran, tahun ini sangat berbeza dengan tahun-tahun sudah yang mana tahun ini misi bantuan terpaksa dilakukan dalam tempoh PKP yang pastinya menghadkan pergerakan dan secara tidak langsung menyukarkan penyerahan sumbangan dibuat.

Iklan

“Seperti minggu lalu, kami hanya dibenarkan bergerak bersama dua orang ahli sahaja untuk menyerahkan sumbangan dari rumah ke rumah mengikut senarai penerima.

“Meskipun jarak yang jauh, namun amanah tetap berjaya dilaksanakan supaya bantuan dapat disalurkan kepada golongan sasaran. Begitu juga dengan aktiviti kali ini, pergerakan dan perbuatan kami juga terhad.

“Ahli kelab tidak dapat beramah mesra lebih lama dengan anak-anak yatim dan asnaf di rumah ini kerana tidak mahu sebarang risiko yang berkemungkinan,” katanya.